Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja 13 tahun dirogol 21 lelaki di waktu dan tempat berbeza - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja 13 tahun dirogol 21 lelaki di waktu dan tempat berbeza

JAKARTA, INDONESIA - Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dari Walenrang, daerah Luwu, Selatan Sulawesi, berada dalam keadaan trauma selepas dirogol 21 lelaki di dua lokasi dan waktu berbeza, lapor The Star
"Mangsa takut bertemu dengan orang. Ketika kami datang menemuinya pada Isnin, dia sangat takut untuk bertemu dengan kami. Selepas kami menjelaskan identiti kami, akhirnya dia bersetuju untuk berjumpa dengan kami," kata Andi Fatmawati Syam, Ketua Bahagian Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak di bahagian Pentadbiran (PPPA) cawangan Daerah Luwu, Selasa. 
Bukan sahaja takut untuk berjumpa dengan orang, malah katanya, mangsa menjadi semakin sensitif terutamanya apabila diajak membincangkan masalah yang dihadapinya. 
"Dia bercakap sedikit sahaja. Setiap kali kami menyentuh perkara yang berkaitan dengan kejadian itu, matanya tiba-tiba berair," katanya. 
Fatmawati berkata, pihak PPPA akan memberi bantuan guaman dan kaunseling pada mangsa untuk membantunya pulih kembali. 
Mangsa, graduan pertama di sekolah menengah di Luwu, dirogol 21 lelaki berusia dari 13 hingga 30 tahun. Seramai 14 suspek telah ditahan sejak minggu lalu. Sementara itu tujuh lagi suspek masih bebas. 
"Kami telah mengenal pasti identiti tujuh suspek berkenaan. Kami yakin mereka akan diberikas tidak lama lagi," kata Ketua Polis Daerah Luwu, Adj. Sr. Comr. Ahmad Yanuari dalam kenyataan pada hari Selasa.
Aktivis Jawatankuasa Tindakan Wanita mengadakan perhimpunan aman bertemakan #SOS Save Our Sisters di Jakarta pada 4 Mei 2016 untuk menamatkan keganasan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak.
Menurutnya, mangsa telah dirogol sejak bulan Ramadan yang lalu, Jun 2017. Tetapi kes itu hanya dilaporkan kepada polis pada 11 Oktober lalu.


Sumber Remaja 13 tahun dirogol 21 lelaki di waktu dan tempat berbeza

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yQcyDj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.