Nahas Juru: Tujuh jenazah warga Indonesia diterbangkan malam ini
Tujuh jenazah itu dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) menggunakan lima van termasuk dua van yang masing-masing membawa dua jenazah.
Jenazah mangsa akan dibawa pulang ke Indonesia malam ini dan dijangka tiba pada esok (Khamis) bagi tujuan pengebumian.Ia membabitkan empat mangsa di Sumatera dan setiap satu di Acheh, Jawa Tengah serta Jawa Timur.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, lapan pekerja terbunuh selepas bas dinaiki mereka terlibat kemalangan yang turut mencederakan 44 yang lain.
Mangsa yang terbunuh adalah rakyat Malaysia, Noriah Kasa, 40, dan tujuh warganegara Indonesia, Tumangger Resni, 21,Yeni 20, Serlia, 21, Sartika Pasaribu,19, Wami Windasih, 19, Titik Katinengsih, 23 dan Faridah, 18.
Sumber Nahas Juru: Tujuh jenazah warga Indonesia diterbangkan malam ini
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gBOk5j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment