Hi! Welcome Back and Stay Tune! Senarai 30 Lagu Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 32 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Senarai 30 Lagu Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 32

senarai 30 lagu ke separuh akhir muzik muzik 32

Kredit foto: Instagram Hot FM

Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 (SFMM32) kembali lagi dengan 30 buah lagu yang bakal berentap merebut 12 tempat di Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32).

Menurut Pengarah Penjenamaan, Kandungan Dan Strategi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Sherina Nordin, tahun ini pencalonan SFMM32 melibatkan pengkarya seni baharu terutamanya daripada golongan muda.

"Sokongan kami terhadap para pemuzik tidak akan pernah terhenti apabila munculnya pengkarya serba baharu yang tampil memeriahkan industri muzik khususnya golongan muda.

"Kami rasa wajar untuk terus memberikan pengiktirafan kepada mereka yang telah bertungkus lumus, khususnya pencipta lagu dan penulis lirik,” katanya memetik laporan portal Mstar Online.

Sherina membuat kenyataan tersebut di majlis sidang media finalis Muzik-Muzik Separuh Akhir yang berlangsung di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC pada Selasa.

Pentas separuh akhir itu bakal diadakan selama tiga minggu iaitu pada 29 Oktober‬, ‪5 November‬ dan ‪12 November‬ di Sri Pentas 2, Shah Alam.

Sementara itu, Sherina berkata, lagu-lagu terpilih adalah hasil daripada undian penonton.

Malah tahun ini buat julung kalinya konsep Showcase Muzik-Muzik diperkenalkan yang mana memberi ruang kepada lima buah lagu melayakkan diri ke separuh akhir secara automatik.

"30 buah lagu yang layak adalah hasil undian peminar di carta MM32 dan juga secara ‘wild card’ menerusi Showcase MM32.

"Showcase Muzik-Muzik diperkenalkan pada Mac sehingga September lalu dan ia memberi peluang kepada lima lagu untuk mara ke separuh akhir,” ujarnya.

Muzik-Muzik 32 yang dikemudi hos Sherry Al-Hadad dan Hefny Sahad ke udara secara langsung setiap Ahad, jam 10 malam di TV3.

Pentas SFMM32 bakal dimeriahkan dengan persembahan penyanyi-penyanyi hebat, antaranya Dayang Nurfaizah, Ning Baizura, Jaclyn Victor, Ajak Shiro & Syuk (Hot FM), Hafiz Suip, Siti Sarah, Ezlynn, Bunkface, Tam Spider dan 6ixth Sense.

Tiket boleh didapati pada pada 25 Oktober, 1 dan ‪8 November‬ ini seawal 9 pagi di kaunter Polis Bantuan Sri Pentas ‪2, Plaza Alam Sentral Shah Alam.

Pencalonan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Pertama)

1. Mata - Ayda Jebat

2. Amboi - Altimet

3. Akhirnya Cinta – Salma

4. Sejati - Faizal Tahir (Azmi dan caliph Busker)

5. Segalanya - Haqiem Rusli

6. Aku Yang Sebenarnya - Hazama dan Penglipurlara

7. Di Sana Cinta Di Sini Rindu - Tajul dan Wany Hasrita

8. Aisyah - Projector Band

9. Bukan Propaganda – Syamsul Yusof dan Mawi

10. Bayang - Khai Bahar

Pencalonan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Kedua)

1. Rempuh - Tomok dan Black

2. Jangan Menangis - Aizat Amdan

3. Warkah Untuk Mu - Ara Johari

4. Zalikha - Floor 88

5. Jangan Pernah Berdusta - Drama Band dan Haiza

6. Aku Sanggup - Sufi Rashid

7. Terus Mencintai - Siti Nordiana

8. Separuh Mati Ku Bercinta - Dayang Nurfaizah

9. Permata Cinta - Aiman Tino

10. Harus Aku - Sufian Suhaimi

Pencalonan Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir (Minggu ketiga)

1. Aku Cinta - Syamel dan Ernie Zakri.

2. Menahan Rindu - Wany Hasrita.

3. Menanti Janji - Ronnie Hussin.

4. Lagu Untuk Laila – Akim & The Majistret.

5. Sedalam - Dalam Rindu – Tajul.

6. Sabar - Ismail Izzani.

7. Lebih Sempurna - Syamel.

8. Tergantung Sepi - Haqiem Rusli.

9. Berakhirlah Sudah - Atmosfera.

10. Jampi - Hael Husaini

Sumber berita: Mstar


✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xoxIVC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.