Hi! Welcome Back and Stay Tune! Eizlan Tak Kisah Dikutuk Dapat Gelaran Datuk Seri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Eizlan Tak Kisah Dikutuk Dapat Gelaran Datuk Seri

Semalam pelakon lelaki, Datuk Seri Eizlan Yusof baru sahaja dikurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP).

Menerusi satu sumber, Eizlan berkata dia tidak ambil pusing dengan komen-komen negatif segelintir masyarakat terhahap anugerah yang diterima olehnya.

Eizlan juga turut memberitahu bahawa dia tidak mahu menjadi lemah hanya kerana memikirkan kritikan serta sindiran masyarakat.

“Apa yang kita lakukan, pasti akan ada yang tidak berpuas hati dan tidak suka.

“Saya tak nak jatuh sebab kritikan dan kutukan orang. Kalau orang dah tak suka, nak buat macam mana kan?,” katanya kepada Mstar Online.

Dalam pada itu, pelakon ini juga berkata dia memaafkan pihak yang sering mengkritik pencapaiannya dan dia juga berharap tiada lagi mana-mana pihak akan mempersoalkan tentang anugerah yang diterima olehnya.

“Saya maafkan mereka yang sering mengkritik dan berfikiran negatif tentang diri saya.

“Cuma, saya harap selepas ini tiada lagi yang mempertikaikan institusi diraja. Ia adalah lambang kedaulatan negara dan perpaduan masyarakat Malaysia,” katanya.

Tambah Eizlan lagi, gelaran yang diberikan itu adalah tanggungjawab kepada dirinya dan ia merupakan satu amanah oleh institut tersebut.

Pelakon ini juga turut berkongsi momen indah ini di akaun Instagram miliknya.

“Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang ALLAH SWT kurniakan buat hambanya yang amat kerdil ini… Menjunjung Kasih & Selamat Hari Keputeraaan KDYMM Sultan Pahang, semoga Tuanku Sultan sentiasa didalam lindungan ALLAH SWT inshaALLAH…

“Menjunjung Kasih KDYTM Tengku Mahkota Pahang yg telah berkenan menganugerahkan kepada patik darjah kebesaran negeri Pahang (SSAP) dan semoga KDYTM Tengku Mahkota Pahang juga seluruh Kerabat Diraja Pahang akan sentiasa didalam rahmat ALLAH SWT inshaALLAH…

“Terima kasih tak terhingga kepada semua yg sentiasa menyokong dan ‘always happy for me’… kepada mak dan seluruh ahli keluarga saya, sahabat2 yg sentiasa memberikan semangat buat saya supaya terus berjuang meneruskan hidup yg penuh dengan dugaan ini… my buddies #OldBoys my brothers & sisters #IDFF dan buat permata dunia akhirat saya #viezaara #zareefyusof & #viezaalia dady akan cuba jadi dady yg terbaik buat anak2 dady dan akan dapat membuatkan anak2 dady proud to have me as your dady inshaALLAH #SyukurToALLAH #FeelingBlessed,” tulis Eizlan di ruang kapsyen perkongsiannya.

Kami di Kakigosip mengucapkan tahniah dengan pencapaian yang dikecapi oleh Eizlan. Semoga Eizlan lebih berjaya selepas ini dalam setiap apa yang diceburi.

The post Eizlan Tak Kisah Dikutuk Dapat Gelaran Datuk Seri appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y49Uuy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.