Hi! Welcome Back and Stay Tune! RUU Sistem Insurans Pekerjaan dibentang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RUU Sistem Insurans Pekerjaan dibentang

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (SIP) mula dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat malam ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata RUU itu dirangka dengan mengambil kira untuk membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk bekerja secepat mungkin.

"Jumlah caruman yang dikenakan adalah 0.4 peratus yang merangkumi 0.2 peratus caruman majikan manakala 0.2 peratus lagi melibatkan pekerja.

"Kerajaan tidak berniat untuk meningkatkan kos kepada majikan tetapi berusaha untuk menguntungkan majikan dengan peningkatan produktiviti pekerja serta anjal dengan perubahan teknologi semasa.

"Ia dirangka bagi mengurangkan tekanan serta masalah kesihatan akibat kehilangan pekerjaan," katanya semasa membentangkan RUU SIP di Dewan Rakyat.

Jelasnya lagi, sistem baharu ini juga mampu menyelesaikan masalah konflik keluarga yang semakin meningkat kini.

Turut diperuntukkan dalam RUU itu ialah garis panduan membantu penempatan semula individu yang kehilangan kerja serta faedah kepada waris bagi pekerja yang meninggal dunia atau hilang upaya kekal.

SIP dijangka memberi manfaat kepada mereka yang diberhentikan kerja selama enam bulan dengan bayaran purata setengah bulan gaji.

Skim itu bagaimanapun tidak membabitkan mereka yang berhenti secara sukarela bagi maksud peletakan jawatan di bawah skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama majikan dan pekerja terbabit.

Pada Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan mengenai persetujuan kerajaan melaksanakan SIP yang membabitkan kira-kira 6.5 juta pekerja tempatan dalam sektor swasta.

SIP dijangka mula dilaksanakan 1 Januari 2018.



Sumber RUU Sistem Insurans Pekerjaan dibentang

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2haWGBM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.