Bapa bergaduh dengan rakan sekerja, anak pula jadi mangsa ditetak hingga maut
REMAJA lelaki berusia 15 tahun maut manakala adik perempuannya berusia tiga tahun parah ditetak dengan parang oleh rakan sekerja bapa mereka di Kampung Lubok, Kiulu, Tuaran, hari ini.
Dalam kejadian 2.30 petang , remaja itu meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala adiknya dibawa ke Hospital Tuaran untuk dirawat.
Difahamkan, suspek berusia 66 tahun turut parah selepas dibelasah pekerja pembuat jalan dan dirawat di hospital sama.
Sumber berkata, kejadian disebabkan suspek berselisih faham dengan bapa kanak-kanak terbabit sebelum suspek datang ke rumah lelaki terbabit.
“Lelaki itu yang melihat suspek datang ke rumahnya segera melarikan diri.
“Bagaimanapun, suspek menyerang dua anak lelaki itu dengan parang,” katanya.
Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: Metro
Sumber Bapa bergaduh dengan rakan sekerja, anak pula jadi mangsa ditetak hingga maut
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h8bocz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment