Gadis Ini Dedah Rahsia Turun Berat Badan 32Kg
Dengan lambakan kedai makan yang menarik pada masa kini, ramai yang sanggup berhabis duit demi makanan yang sedap. Pernahkah anda terfikir bagaimana tahap kesihatan anda pada lima tahun akan datang jika tak mengawal pemakanan dengan betul dari sekarang?
BACA: Amylea AF Kongsi Rahsia Turun Berat Badan 8Kg Sebulan
Seorang gadis bernama Fadhlina Halipah, berkongsi rahsia bagaimana dia berjaya menurunkan berat sebanyak 32 kilogram (kg).
Bukan mudah untuk seseorang menurunkan berat badan sebanyak itu kecuali jika mereka konsisten dengan cara hidup sihat.
Menurutnya yang lebih dikenali sebagai Ina, apa yang penting adalah disiplin dan jaga pemakanan dengan betul. Walaupun sedang berdiet, tak salah untuk kita makan nasi tapi kita haruslah mengawal saiz hidangan.
Berikut merupakan tips daripada Ina untuk anda yang mahu berdiet tapi tidak tahu cara berdiet yang betul:
1. Wajib ada matlamat dan sasaran. Contohnya jika hendak menurunkan 30kg, jangan terus target 30kg, sebaliknya cuba turunkan tiga hingga empat kilogram sebulan. Lakukan setiap bulan dengan konsisten dan disiplin.
2. Perlu ada plan hidangan yang lengkap dengan keperluan makronutrien dan mikronutrien yang diperlukan badan. Turun berat tanpa perlu berlapar.
3. Seronok dengan rancangan hidangan, diet perlu warna-warni tak perlulah sampai hari-hari pun menu sama.
4. Nasi segenggam je. Lauk, sila pilih sama ada ikan atau ayam yang dikukus, direbus atau dipanggang. Pemilihan lauk sangat penting.
5. Elak minum air manis, lebihkan air kosong serta buah.
6. Makan sedikit tapi kerap, seeloknya enam kali sehari dengan selangan tiga ke empat jam.
7. Jangan tertipu dengan pembungkusan atau iklan makanan. Baca nutrisi pada label terlebih dulu.
8. Fokus kepada 80 peratus pemakanan, 20 peratus senaman dan 100 peratus minda. Kita gemuk dengan makan, jadi hendak turun berat, seharusnya betulkan cara pemakanan.
9. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang berbeza dan unik.
10. Carilah kawan atau komuniti yang ada misi yang sama, baru rasa bersemangat.
11. Tidur awal dan dapatkan tidur yang berkualiti.
12. Kawal emosi. Tekanan juga memberi kesan kepada badan. Nak turun berat perlu makan dengan betul, bukan makan sikit.
ARTIKEL BERKAITAN:
Lelaki Dedah Rahsia Turun Berat 50Kg Setahun
Wanita Kongsi Kisah Turun Berat Lebih 40Kg
Turun 67Kg Tak Sampai Setahun, Wanita Ini Kongsikan Tips Berkesan Untuk Kurus
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Tony Roma’s Belanja Kami Makan Malam
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z7m3ii
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment