Hi! Welcome Back and Stay Tune! Emma Maembong Akui Sudah Putus Dengan Kamal Adli, Dedah Punca Perpisahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Emma Maembong Akui Sudah Putus Dengan Kamal Adli, Dedah Punca Perpisahan

emma maembong akui sudah putus dengan kamal adli dedah punca perpisahan

Kredit foto: Instagram official_kamalemma

"Saya sudah tahu siapa Kamal yang sebenarnya dan hubungan kami putus."

Demikian kata aktres Emma Maembong mengakhiri teka-teki peminat tentang status terkini hubungannya dengan aktor Kamal Adli.

Malah dalam pengakuan eksklusif yang dilaporkan portal BH Online itu, Emma tidak menafikan dakwaan aktres Zahirah Macwilson menjadi penyebab pergolakan hubungannya dengan Kamal.

"Rasanya cukuplah sampai di sini. Saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini kerana tidak mahu disalah erti oleh mana-mana pihak. Malah, ada yang menganggap saya cemburu buta.

"Sebagai pelakon, semestinya saya memahami kerjaya sebagai anak seni. Bagi saya, 'chemistry' (keserasian) yang tercipta antara pelakon, habis sebaik saja kamera dipadamkan dan tidak harus berpanjangan hingga ke luar lokasi.

"Kalau betul kemesraan di tunjukkan atas urusan kerja, kenapa perlu sorok seperti menyembunyikan sesuatu? Saya tidak boleh bersama dengan orang yang menipu dan kemudian menuding jari supaya kesalahan diletak pada bahu orang lain," katanya.

Dalam masa yang sama, Emma atau nama penuhnya Fatimah Rohani Embong turut melahirkan rasa kecewa kerana kepercayaan yang diletakkan dalam perhubungan berusia tiga tahun itu dikhianati Kamal.

Tegas aktres berusia 25 tahun itu lagi, dia membuat keputusan tersebut selepas melihat bukti.

Lebih merumitkan keadaan apabila Kamal dan Zahirah menuding jari kepada pihak lain atas kesalahan yang mereka sendiri lakukan.

"Tiada sesiapa yang menjadi batu api dalam perkara ini. Semestinya teman rapat mahukan yang terbaik untuk saya dan tidak mahu melihat saya sering dikecewakan," ujarnya.

Malah Emma mendedahkan mereka bertiga telahpun duduk berbincang yang mana turut disertai teman lelaki Zahirah, aktor Zul Ariffin.

Emma menganggap isu itu akan menjadi lebih mudah sekiranya Kamal dan Zahirah mengakui kesilapan.

"Kami berempat (Emma, Kamal, Zahirah dan Zul Ariffin) duduk berbincang mengenai isu ini. Rasanya tidak perlu merumitkan keadaan dan lebih matang jika Kamal dan Zahirah mengakui kesilapan mereka," katanya lagi.

Sumber berita: BH Online


✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zEH9AH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.