Hi! Welcome Back and Stay Tune! Agong Berangkat Ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Agong Berangkat Ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V malam ini berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-247 di Istana Negara di sini.

Turut berangkat ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Sultan Kedah Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah serta Sultanah Kedah Tengku Maliha Tengku Ariff.

Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra juga berangkat ke santapan malam itu.

Majlis turut menyaksikan kehadiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri turut menyertai majlis santapan malam itu.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini, dipengerusikan Sultan Sharafuddin Idris Shah. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ygVdmq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.