Hi! Welcome Back and Stay Tune! Padah goda bini rakan serumah, lelaki mati ditikam malah dijirus air panas tanda ritual Madura - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Padah goda bini rakan serumah, lelaki mati ditikam malah dijirus air panas tanda ritual Madura

PADAH ganggu isteri orang, seorang lelaki Madura mati akibat ditikam rakan serumah dalam kejadian di sebuah tapak pembinaan di Jinjang, Kuala Lumpur pada 4 Oktober lalu.

Difahamkan, insiden dendam di tapak Sky Awani Condominium, Kampung Batu Muda itu bermula apabila mangsa yang dikenali sebagai Hirori disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan isteri suspek.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata, mangsa tinggal di sebuah rumah berdekatan dengan tapak pembinaan berkenaan bersama-sama abangnya serta pasangan suami isteri itu sejak dua bulan lalu.

“Sepanjang tinggal bersama, Hirori menjalinkan hubungan gelap dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Yumyat.

“Bagaimanapun perbuatannya diketahui oleh suami wanita terbabit yang pernah memberi amaran kepada abang mangsa agar menjauhi isterinya,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan tidak mengendahkan amaran tersebut sebaliknya terus menggoda Yamyat sehingga menyebabkan suami wanita itu mula berasa marah.

Ekoran berang terhadap sikap Hirori yang masih tidak ‘faham bahasa’ meskipun sudah diberi amaran, suspek bertindak ganas dengan menikam lelaki itu menggunakan pisau sebanyak tiga kali.

Jelas Munusamy, mangsa telah ditikam pada tiga bahagian yang berbeza iaitu belakang badan, tengkuk dan dada sebelah kiri sehingga menembusi jantung serta paru-paru.

“Ketika ditemui, ada tiga kesan tikaman iaitu satu di bahagian tepi dada kiri mengenai jantung serta paru-paru sebagai punca kematian, satu di bahagian leher dan satu di bahagian belakang badan,” jelasnya dipetik Harian Metro.

Selain itu, suspek turut bertindak menjirus kepala mangsa dengan air panas di mana ia dipercayai ritual kepercayaan masyarakat Madura sebelum melarikan diri.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, motif pembunuhan ini adalah berpunca daripada perasaan cemburu.

Pihak polis kini sedang giat mengesan pasangan suami isteri terbabit yang dipercayai masih bersembunyi di negara ini.

Sehubungan itu, pihak polis menyeru orang ramai yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Polis Farokh Faisal Ahmad di talian 017-7762991 bagi membantu siasatan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber Padah goda bini rakan serumah, lelaki mati ditikam malah dijirus air panas tanda ritual Madura

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xzNj8H

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.