Hi! Welcome Back and Stay Tune! AS lancar projek rawatan air AS$10j di Tebing Barat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AS lancar projek rawatan air AS$10j di Tebing Barat

JERICHO: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) hari ini melancarkan projek bernilai AS$10 juta bagi menambah baik proses merawat sisa kumbahan dan air untuk petani Palestin di Tebing Barat.

Seorang pembantu kanan Presiden Donald Trump, Jason Greenblatt antara tetamu kenamaan dilihat turut sama melancarkan projek berkenaan di bandar bersejarah berhampiran Laut Mati.

Greenblatt adalah antara pembantu kanan Trump yang memulakan kembali rundingan damai Israel-Palestin, selain berusaha meningkatkan taraf ekonomi dan infrastruktur rakyat Palestin.

Dalam majlis itu, Greenblatt bagaimanapun tidak memberi komen berhubung usaha damai Rumah Putih, menarik kritikan hebat daripada ramai penganalisis.

Beliau juga tidak mengulas perjanjian penyatuan ditandatangani minggu lalu antara Fatah dan Hamas menyasar menamatkan persengketaan selama sedekad.

Presiden Palestin Mahmud Abbas mewakili Fatah menguasai kawasan Tebing Barat manakala pergerakan Islam Hamas mentadbir Semenanjung Gaza.

Projek diumumkan hari ini bertujuan meningkatkan keupayaan loji kumbahan air sedia ada, dibina untuk 10,000 penduduk di sini hasil bantuan kerajaan Jepun.

Penambahbaikan itu akan membolehkan 70 peratus kediaman penduduk menikmati kemudahan berkenaan, menurut konsulat AS di Baitulmaqdis. - AFP



Sumber AS lancar projek rawatan air AS$10j di Tebing Barat

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ylKo3j

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.