Hi! Welcome Back and Stay Tune! Budak 5 Tahun Maut Dada Tertusuk Bilah Mesin Rumput - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Budak 5 Tahun Maut Dada Tertusuk Bilah Mesin Rumput

PETALING JAYA- Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun telah meninggal dunia selepas bilah pisau pemotong rumput telah ‘terbang’ dan tertusuk dadanya.

Insiden yang diklasifikasikan sebagai kemalangan itu berlaku pukul 5:30 petang semalam di Kubang Rotan, Alor Setar.

Menurut bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Murad, sebelum kejadian berlaku, dia sedang mengasah mata pisau mesin rumput di luar rumah.

Tambahnya lagi, dia langsung tidak sedar dengan kehadiran Nur Aliya Syifa yang berada hanya lima meter daripada tempat dia mengasah mata pisau mesin rumputnya.

“Segala-galanya berlaku dengan sangat pantas. bilah pertama telah terkena sebuah kereta sebelum ianya melantun dan terus terpacak pada dada anak saya,” katanya dipetik daripada New Straits Times.

Kata Murad, kejadian itu berlaku ketika mereka sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertuanya di Kampung Tanjung dekat Alor Setar.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu merupakan seorang yang periang dan bersekolah di Tadika Kampung Batin, Kedah.

Selepas kejadian itu berlaku, kanak-kanak segeras digegaskan ke sebuah Klinik 1Malaysia bagi mendapatkan rawatan, sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Namun, kanak-kanak itu sudah pun meninggal dunia di hospital.

“Jenazah anak saya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar, jam 11 pagi tadi,” katanya yang masih trauma dan enggan ditemubual lebih lanjut.

Dilaporkan, Murad dan isterinya telah jatuh pengsan selepas mendapat tahu mengenai berita kmatian anak mereka itu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin telah mengesahkan kejadian itu sebagai kes kematian mengejut.-MYNEWSHUB.CC / AH

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lqpxpU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.