Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-kanak maut tertusuk serpihan batu pengasah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-kanak maut tertusuk serpihan batu pengasah

Seorang kanak-kanak perempuan maut akibat terkena serpihan batu pengasah mesin rumput bapanya di rumahnya di Kampung Tanjung Besar, Kubang Rotan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa, Nur Aliya Syifa Murad, 5, mengalami kecederaan di bahagian dada kanan selepas terkena serpihan batu pengasah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Bapa mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Murad, 40-an berkata, dia sedang mengasah mata pisau mesin rumputnya di luar rumah, manakala anak perempuannya masih berada di dalam rumah semasa kejadian berlaku.

“Bagaimanapun, batu pengasah mesin rumput yang sedang diasah pecah secara tiba-tiba dan serpihannya terpelanting terkena pada kereta sebelum ia tertusuk ke dada kanan anak.

“Sebaik melihat keadaan anak berlumuran darah dan lemah, saya kemudiannya mengangkat dan membawa Aliya ke Klinik 1Malaysia. Selepas itu, dia dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Murad berkata, Aliya yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik sentiasa periang dan tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik sebelum ini.

Katanya, arwah anak perempuannya yang belajar di Tadika Kampung Batin telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar 11 pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin mengesahkan kejadian itu.

Menurut Rozi, pihaknya mengklasifikasikan kes terbabit sebagai kematian mengejut (SDR).

Katanya, siasatan mendapati jarak antara mangsa dengan bapanya kira-kira lima meter (m) semasa kejadian.

“Apabila bapa sedar keadaan mangsa yang cedera, lelaki itu terus membawa anak perempuannya ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum  dia dihantar ke HSB,” katanya.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSB akibat parah di bahagian dada kanan selepas terkena serpihan batu pengasah itu.

The post Kanak-kanak maut tertusuk serpihan batu pengasah appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gQIsJ4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.