Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pustaka digital permudahkan murid Semut Api - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pustaka digital permudahkan murid Semut Api

KOTA BHARU: Perpustakaan digital yang dilancarkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Semut Api hari ini, memudahkan 330 muridnya membuat rujukan untuk proses pembelajaran mereka.

Perpustakaan digital itu dilihat bermanfaat kepada warga sekolah berkenaan yang berada dalam kategori pinggir bandar bagi mendapatkan maklumat ilmiah.

Guru Besar SK Semut Api, Nordin Ahmad Ahmad, berkata rata-rata murid sekolah itu daripada keluarga berpendapatan rendah dengan kebanyakannya anak nelayan, buruh dan pelukis batik.

"Sudah pasti untuk membeli bahan bacaan agak sukar bagi mereka apatah lagi untuk ke perpustakaan negeri yang terletak di pusat bandar.

"Pusat sumber sekolah memang ada tetapi tidak menyediakan bahan rujukan yang banyak. Perpustakaan digital ini adalah inisiatif sekolah bagi memudahkan murid membuat rujukan," katanya kepada pemberita di sini, sebentar tadi.

Nordin Ahmad berkata, murid bukan saja boleh menggunakan kaedah itu pada waktu lapang tetpi juga memberi manfaat kepada 38 guru ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Dr Suhaimi Kadir.

Suhaimi berkata, pihaknya sangat menggalakkan penggunaan kaedah digital yang baharu diperkenalkan sejak tahun lalu itu.

"Kita sasarkan dalam masa terdekat, 10 hingga 50 peratus sekolah di negara ini akan menggunakan Perpustakaan Digital," katanya



Sumber Pustaka digital permudahkan murid Semut Api

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lpJspa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.