Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas 4 tahun bergelar ibu tunggal, Dynas Mokhtar bakal nikah April 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas 4 tahun bergelar ibu tunggal, Dynas Mokhtar bakal nikah April 2018

PELAKON Dynas Mokhtar mengakui bakal bernikah pada April tahun depan selepas hampir empat tahun bergelar ibu tunggal.

Menurut Dynas, 34, dia berharap segala perancangan untuk hari bahagianya itu akan dipermudahkan.

Aktres itu juga sudah yakin dan bersedia untuk bergelar seorang isteri semula.

“Rasanya ini waktu yang sesuai untuk saya kembali bergelar seorang isteri selepas hampir empat tahun bergelar seorang ibu tunggal. 

"Kami bertunang Khamis lalu dan memilih April tahun hadapan untuk melangsungkan perkahwinan.

“Sama seperti orang lain saya juga berharap agar perkahwinan kali ini akan kekal bahagia sampai bila-bila dan yang lebih penting untuk saya segera mengandung memandangkan umur saya yang semakin meningkat,” katanya.

Tambah Dynas atau nama sebenarnya Wan Edrinas Wan Mokhtar, persetujuan untuk berkahwin ini tidak sekadar hadir daripada dirinya sahaja tetapi juga keluarga dan anak-anaknya.

“Yang membuatkan saya yakin dengan Shazrik adalah dia seorang yang memahami saya. Selain kami juga sudah saling mengenali sebagai rakan sebelum ini.

“Shazrik juga diterima anak-anak saya dan keluarga. Malah ibu bapa Shazrik juga menerima kehadiran saya di sisi anak mereka,” katanya.

Sementara itu pelakon ini pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Mohamed pada 15 Mac 2008 sebelum bercerai pada 25 Februari 2014. Melalui perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak Khyra Khalyssa, 7, dan Mohamed Haqaish, 5.

Sumber: Utusan Online



Sumber Selepas 4 tahun bergelar ibu tunggal, Dynas Mokhtar bakal nikah April 2018

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lotT14

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.