Hi! Welcome Back and Stay Tune! Manfaatkan dana PKS Bank Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Manfaatkan dana PKS Bank Negara

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digesa memanfaatkan Tabung PKS Bank Negara Malaysia (BNM), yang kini berjumlah RM3 bilion, untuk membiayai dan mengurangkan kos menjalankan perniagaan.

Penolong Gabenor BNM, Jessica Chew, berkata dana itu untuk semua sektor ekonomi termasuk 'start-up' atau pemula niaga dan perniagaan tanpa cagaran, boleh digunakan sebagai modal kerja dan pembelian jentera.

"Sebelum ini, kami mempunyai empat dana berbeza untuk tujuan yang berlainan.

Kini kami menggabungkan semuanya di bawah satu tabung (untuk menjadikannya) mudah bagi PKS kerana sesetengah dana digunakan sepenuhnya manakala ada yang tidak digunakan sepenuhnya.

"Kadar kami lebih murah (daripada yang ada di dalam industri). Jadi kami menasihatkan mereka yang di bawah segmen yang belum mendapat dana supaya memanfaatkan tabung PKS BNM," katanya kepada taklimat media baru-baru ini.

Tabung PKS BNM, dana pusingan yang mudah dan mampu dimiliki oleh PKS, diperkenalkan pada akhir 1990-an dengan jumlah peruntukan sebanyak RM10.4 bilion.

Daripada jumlah itu, sejumlah RM7.4 bilion telah digunakan dengan kelulusan pemberian pinjaman tiga kali ganda kepada jumlah yang setara sebanyak RM30.2 bilion, yang memberi manfaat kepada lebih 74,000 PKS.

Chew berkata, dana itu yang disediakan di semua bank perdagangan dan bank Islam, institusi kewangan pembangunan (IKP) dan juga Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) menyediakan bantuan kewangan sehingga RM5 juta dan PKS dikehendaki membayar balik dalam tempoh lima tahun.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai sokongan pembiayaan menyeluruh bagi perusahaan di semua peringkat kitaran hayat perniagaan dan satu daripada lima kelulusan pembiayaan untuk pemula niaga.

"Institusi kewangan ialah penyedia pembiayaan terbesar kepada PKS, menyumbang kira-kira 97 peratus daripada jumlah pembiayaan kepada PKS meliputi spektrum itu.

"Sokongan berterusan dapat dilihat oleh peningkatan pembiayaan PKS berbanding pembiayaan kepada korporat. Ini menunjukkan bahawa PKS adalah bidang pertumbuhan utama bagi institusi kewangan di masa hadapan," katanya.

Chew berkata, 30 peratus daripada pembiayaan yang diluluskan di bawah Tabung PKS BNM ialah kepada pemula niaga.

Walaupun terdapat banyak dana yang disediakan oleh institusi kewangan, kementerian dan agensi untuk menyokong PKS, beliau berkata, masih kurang kesedaran tentang adanya bantuan dana di negara ini, termasuk Tabung PKS BNM.

- BERNAMA



Sumber Manfaatkan dana PKS Bank Negara

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iLmurO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.