'Nadira berhati mulia, tidak lokek masa dan wang ringgit' - Rakan
Tidak hairanlah, berita pemergiannya disambut penuh hiba oleh rakan-rakan yang mengenalinya.
Seorang kenalan Nadira dan keluarganya, Ir Meor Shamsudin, melalui beberapa status yang dikemas kini di akaun Facebook, mengimbas kenangan bersama Nadira yang merupakan Pengurus Kandungan THR Gegar, tidak pernah lokek masa dan wang ringgit untuk turun menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Bukan sekadar menghulurkan sumbangan daripada pihak majikannya, tetapi Nadira dan keluarganya turut sama memberikan sumbangan peribadi mereka.
Seorang rakan, Surya Suharman, mengenang Nadira sebagai seorang sahabat yang sentiasa ceria, dan pemergiannya pasti akan dirindui.
Turut berkongsi rasa ialah bekas penyampai Era FM, Faiza Ismail yang mengimbas kenangan bagaimana Nadira cukup sabar memberikannya tunjuk ajar di awal kemunculannya sebagai penyampai radio.
Penyanyi Khai Bahar pula menyifatkan pemergian Nadira sebagai kehilangan yang cukup besar.
Nadira merupakan antara penyampai terawal di Era FM, ketika stesen radio berkenaan mula beroperasi pada tahun 1998.
Nadira, 41, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat denggi pada 7.10 pagi hari ini.
Allahyarham dimasukkan ke hospital Isnin lalu meninggalkan suami, Hasrul Rizal Hassan dan lima anak.
Sumber 'Nadira berhati mulia, tidak lokek masa dan wang ringgit' - Rakan
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lt8OTh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment