Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jasad pendaki Malaysia ditemui selepas setahun hilang di Gunung Damavand - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jasad pendaki Malaysia ditemui selepas setahun hilang di Gunung Damavand

SARI: Jasad seorang pendaki rakyat Malaysia ditemukan selepas dilapor hilang semasa mendaki gunung Damavand di utara Iran pada November lalu, menurut agensi berita IRNA.

Mayatnya ditemukan sekumpulan pendaki pada Jumaat semasa menuruni gunung itu.

Mereka melaporkan penemuan mayat itu kepada Jabatan Bulan Sabit Merah di bandar raya Amol di wilayah utara Mazandaran yang segera menghantar pasukan menyelamat.

Ekoran masa yang singkat dan keadaan yang gelap, pasukan menyelamat gagal meneruskan misi mereka pada Jumaat dan menyambung kerja menyelamat pada Sabtu.

Mereka akhirnya menemukan mayat dan membawa mayat turun daripada ketinggian 4,300-meter, kata IRNA.

Mayat akan diserahkan kepada pegawai kedutaan Malaysia di Tehran hari ini.

Seramai 12 pendaki Malaysia mendaki gunung tertinggi di Iran itu pada November lalu, namun 10 orang daripada mereka mengambil keputusan untuk turun semula ketika berada pada ketinggian 5,200 meter susulan cuaca buruk dan salji tebal.

Namun dua lagi pendaki mahu meneruskan pendakian sebelum kedua-duanya dilaporkan hilang.

Mayat seorang daripada mereka ditemukan lima hari kemudian dan pencarian pendaki seterusnya terpaksa dihentikan ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

-- BERNAMA



Sumber Jasad pendaki Malaysia ditemui selepas setahun hilang di Gunung Damavand

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iLrAEs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.