Pelarian Rohingya tetak warga Bangladesh sampai mati
DHAKA: Seorang pelarian Rohingya menetak lelaki Bangladesh sehingga mati, di sini.
Polis berkata, serangan dilakukan lelaki Rohingya itu ada kaitan dengan perbalahan keluarga.
Ia adalah siri jenayah terbaharu di kawasan yang menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa tempatan.
“Kami meningkatkan kawalan keselamatan selepas kejadian itu,” kata Timbalan Ketua Daerah Cox’s Bazar, Afruzul Haq Tutul.
Pendakwa Raya negeri, Mamtaz Ahmad, berkata jenayah di kawasan itu meningkat sejak kebelakangan ini.
Etnik Rohingya kini mengatasi penduduk Bangladesh di dua bandar utama, Teknaf dan Ukhia di Cox’s Bazar, sekali gus menyaksikan ketegangan meningkat.
Penduduk tempatan merungut pelarian mengambil alih pekerjaan daripada rakyat tempatan yang miskin, terutama dalam sektor pembinaan dan industri perikanan.
“Majoriti nelayan kini adalah etnik Rohingya. Mereka kuat bekerja dengan upah murah,” kata pemilik bot tunda kecil, Jashim Uddin.
Sementara yang lain merungut kebanjiran Rohingya menyebabkan harga makanan dan pengangkutan meningkat. – AFP
Sumber: Bharian
Sumber Pelarian Rohingya tetak warga Bangladesh sampai mati
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2icrqSy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment