Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lagi kes curi coli di premis dobi layan diri, kaum wanita dinasihatkan jaga pakaian mereka baik-baik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lagi kes curi coli di premis dobi layan diri, kaum wanita dinasihatkan jaga pakaian mereka baik-baik

PETALING JAYA: Kegiatan menyelongkar mesin basuh di kedai dobi layan diri semata-mata untuk melampiaskan nafsu dengan mencuri pakaian dalam wanita bukan lagi perkara baru.

 

 

 

Lagi kes curi coli di premis dobi layan diri, kaum wanita dinasihatkan jaga pakaian mereka baik-baik

Lagi kes curi coli di premis dobi layan diri, kaum wanita dinasihatkan jaga pakaian mereka baik-baik

 

Terkini, rakaman video berdurasi 55 saat yang dikongsi pemilik Dobi Depot di Kuala Pilah memaparkan seorang lelaki membuka salah sebuah mesin basuh di kedai tersebut.

Dalam video tersebut, lelaki yang berbaju kemeja-T hitam dilihat menyelongkar sebuah mesin basuh sambil memerhatikan keadaan sekeliling sebelum bertindak mencuri pakaian dalam.

Suspek kemudiannya menyembunyikan pakaian dalam yang dipercayai coli di dalam seluarnya sebelum bertindak meninggalkan premis tersebut.

 

Semasa kejadian, tiada pelanggan di kedai dobi tersebut.

Insiden dipercayai berlaku pada pukul 8.34 malam, 21 Oktober lalu.

Susulan insiden itu, Dobi Depot menerusi kenyataan di laman Facebooknya mengingatkan golongan wanita supaya berhati-hati ketika mendobi dan sentiasa mengawasi pakaian mereka.

“Kegiatan mencuri pakaian dalam wanita di kedai dobi layan diri semakin menjadi-jadi sekarang ini dan terkini terjadi di Dobi Depot, Kuala Pilah pada 20 Oktober 2017 lalu.

“Pihak kami ingin mengingatkan supaya kaum wanita mengambil langkah berhati-hati ketika mendobi dan sentiasa mengawasi pakaian anda serta peka dengan persekitaran keliling,” katanya.

Pihak pengurusan Dobi Depot turut menggesa golongan wanita amnya supaya ditemani lelaki ketika mendobi pada waktu malam bagi mengelak kejadian tidak diingin, termasuk disamun.

Pada Julai lalu, netizen turut digemparkan dengan insiden seorang lelaki yang dikatakan berpangkat ‘pak cik’ yang didakwa telah menyelongkar beberapa mesin pengering di sebuah kedai dobi layan diri di Shah Alam untuk mencari pakaian dalam wanita.

Sumber: Mstar



Sumber Lagi kes curi coli di premis dobi layan diri, kaum wanita dinasihatkan jaga pakaian mereka baik-baik

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lpFsoL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.