Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gelaran bukan untuk langgar undang-undang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gelaran bukan untuk langgar undang-undang

KAJANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada penerima darjah kebesaran supaya tidak menyalahgunakan gelaran untuk melanggar undang-undang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, gelaran yang diterima bukan 'lesen' untuk melanggar peraturan termasuk melakukan kekasaran terhadap orang lain.

"Merujuk kepada kejadian Datuk Seri menumbuk pegawai RELA, saya ingin nyatakan bahawa seesiapa juga dalam kalangan rakyat sama ada mempunyai gelaran atau tidak, tertakluk kepada perundangan negara.

"Gelaran bukan lesen untuk mengizinkan tindakan kekasaran kepada mana-mana rakyat Malaysia, apatah lagi anggota petugas berpakaian seragam.

"Walaupun individu terbabit belum ditangkap, kita tahu siapa dia dan di mana dia. Sebelum ditangkap eloklah dia mara menyerah diri.

"Ini amaran kepada orang lain. Kononnya apabila ada gelaran, undang-undang terletak di tangan sendiri seolah-olah undang-undang di tangan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri dan Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Stadium Mini Maktab Penjara, hari ini.

Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Hamidah Khamis; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan isteri, Datin Rossana Jaafar serta Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Mengulas prosedur pengambilan pembantu rumah yang boleh dibuat secara sendiri seperti diumumkan dalam Bajet 2018, Ahmad Zahid berkata, ia tetap tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan sebelum ini.

"Peraturan sedia ada seperti pengecaman biometrik, biomedik dan semakan senarai syak, pemeriksaan tahap kesihatan menerusi Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) tetap dikuatkuasakan," katanya.

Berhubung dakwaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang Bajet 2018 meniru bajet kerajaan pembangkang itu, Timbalan Perdana Menteri meminta Menteri Besar Selangor itu membahasnya di Parlimen.

Ahmad Zahid juga berkata, kerajaan ikhlas meringankan beban rakyat apabila mengumumkan pemansuhan bayaran tol di Selangor, Johor dan Kedah.



Sumber Gelaran bukan untuk langgar undang-undang

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iKfHyd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.