Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-kanak maut motosikal bertembung ambulans - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-kanak maut motosikal bertembung ambulans

TAIPING: Seorang kanak-kanak lelaki maut apabila motosikal yang dipercayai ditunggangnya bertembung dengan sebuah ambulans di Jalan Kampung Senduk Tengah, berhampiran Changkat Ibol di sini, pagi tadi.

Mangsa, Ahmad Hazim Mohd Nasir, 11, dilaporkan terperosok di bawah ambulans dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala kakak mangsa, Amira ,12, yang dikatakan membonceng motosikal itu, cedera.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Pegawai Bomba Kanan II, Izuan Che Ibrahim, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.11 pagi dan segera ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati mangsa yang terperosok di bawah ambulans itu sudah dikeluarkan oleh orang awam.

KEADAAN motosikal yang bertembung dengan sebuah ambulans mengakibatkan seorang kanak-kanak yang juga penunggang motosikal maut di tempat kejadian di Jalan Kampung Senduk Tengah, Taiping. - Foto Ihsan Bomba

"Kejadian itu turut mengakibatkan pemandu ambulans dan seorang pegawai perubatan cedera dipercayai selepas ambulans itu terbabas dan melanggar tiang elektrik sebaik berlaku kemalangan dengan motosikal," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Izuan berkata, pihaknya difahamkan sebelum kejadian, ambulans dari Hospital Taiping itu dikatakan dalam perjalanan untuk mengambil seorang pesakit di Changkat Ibol sebelum berlaku kemalangan dengan motosikal jenis Modenas Kriss yang dinaiki mangsa dan kakaknya.

Katanya, semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Taiping dengan bantuan sebuah lagi ambulans, untuk rawatan lanjut manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



Sumber Kanak-kanak maut motosikal bertembung ambulans

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iIE5jU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.