Hi! Welcome Back and Stay Tune! Eei Hui puas hati prestasi Kian Meng-Pei Jing - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Eei Hui puas hati prestasi Kian Meng-Pei Jing

KUALA LUMPUR: "Sangat baik berbanding tiga kejohanan sebelum ini," kata ketua jurulatih beregu campuran negara, Chin Eei Hui mengenai prestasi anak buahnya, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing walaupun mereka terkandas di suku akhir Terbuka Perancis semalam.

Menurut bekas pemain beregu wanita negara itu, setidak-tidaknya Kian Meng-Pei Jing berjaya mengheret perlawanan sehingga ke rubber set ketika berdepan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016 Tontowi Ahmad-Lilyana Natsir di suku akhir.

"Apa yang boleh saya katakan mereka bermain dengan baik berbanding tiga kejohanan terdahulu. Sangat baik, setidak-tidaknya mereka sudah perlahan-lahan mendapat semula keyakinan," kata Ee Hui ketika dihubungi semalam.

Katanya, selepas mempamerkan aksi mantap di Eropah, dia kini harus mempercayai anak buahnya terutama menjelang Terbuka China (14-19 November) dan Hong Kong (21-26 November).

"Saya berharap mereka dapat beraksi dengan baik di China dan Hong Kong kerana mereka mempunyai peluang terbaik untuk melayakkan diri ke Siri Super Akhir di Dubai (13-17 Disember)," kata Eei Hui.

Berdasarkan ranking Siri Super Akhir, Kian Meng-Pei Jing menduduki tangga ketujuh, manakala bagi ranking dunia pula mereka menghuni tempat ke-11.

Hanya lapan pasukan terbaik di ranking Siri Super Akhir layak untuk beraksi di kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$1 juta (RM4.2 juta) itu.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan prestasi satu lagi pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, Eei Hui berkata, kedua-dua pemain itu sudah menunjukkan peningkatan serta mula memahami antara satu sama lain sejak digandingkan tahun lalu.

"Bagaimanapun, mereka masih banyak lagi perlu belajar. Jika dibandingkan keputusan Terbuka Denmark (separuh akhir) dan Terbuka Perancis (pusingan pertama) ia disebabkan mereka berdepan lawan yang bagus di Paris. Mereka sudah berikan yang terbaik sebenarnya.

"Jadi kita harus menerima keputusan ini dengan terbuka dan mengharapkan mereka pulang semula ke tanah air untuk berlatih dengan lebih gigih lagi," katanya.

Soon Huat-Shevon menduduki ranking ke-14 dunia dengan pencapaian terbaik musim ini ialah muncul naib juara Masters Malaysia dan Terbuka Thailand.



Sumber Eei Hui puas hati prestasi Kian Meng-Pei Jing

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lpcghB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.