Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-kanak 11 tahun tunggang motosikal maut terperosok bawah ambulans - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-kanak 11 tahun tunggang motosikal maut terperosok bawah ambulans

TAIPING: Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala tiga cedera termasuk dua pegawai perubatan dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan ambulans di Jalan Kg Senduk Tengah, dekat sini pada tengah hari Ahad.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Taiping berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut sekitar 11.11 pagi dan bergegas ke lokasi insiden.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, pihak BBP Taiping mendapati seorang mangsa dipercayai penunggang motosikal berusia 11 tahun, terperosok di bawah ambulans, dan telah dikeluarkan oleh orang awam.

“Kanak-kanak lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir dan pembonceng motosikal iaitu seorang kanak-kanak berusia 12 turut mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Jelasnya, pemandu ambulans dan pegawai perubatan yang berada di dalam ambulans berkenaan turut mengalami kecederaan.

Tambah beliau, anggota BBP Taiping kemudian telah bertindak mengangkat mangsa cedera ke dalam ambulans dan menyerahkan mangsa yang meninggal dunia kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

“Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Izuan Che Ibrahim itu tamat sekitar 11.48 pagi,” ujarnya lagi.



Sumber Kanak-kanak 11 tahun tunggang motosikal maut terperosok bawah ambulans

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yZhxBH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.