Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Mohon kerajaan tanggung 30 hari cuti bersalin itu” – Cuti bersalin ditambah dari 60 ke 90 hari pekerja swasta hanya menambah kos syarikat, kata Persekutuan Majikan Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Mohon kerajaan tanggung 30 hari cuti bersalin itu” – Cuti bersalin ditambah dari 60 ke 90 hari pekerja swasta hanya menambah kos syarikat, kata Persekutuan Majikan Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Okt — Cuti bersalin yang ditambah menjadi 90 hari untuk pekerja swasta hanya menambahkan kos syarikat, kata Persekutuan Majikan Malaysia.

 

 

Perdana Menteri semalam mengumumkan "Mohon kerajaan tanggung 30 hari cuti bersalin itu" - Cuti bersalin ditambah dari 60 ke 90 hari pekerja swasta hanya menambah kos syarikat, kata Persekutuan Majikan Malaysiabersalin pekerja swasta ditambah kepada 90 hari sama seperti penjawat awam. — Foto Bernama

“Mohon kerajaan tanggung 30 hari cuti bersalin itu” – Cuti bersalin ditambah dari 60 ke 90 hari pekerja swasta hanya menambah kos syarikat, kata Persekutuan Majikan Malaysia

 

Pengarah eksekutifnya berkata kerajaan perlu menanggung lebihan 30 hari tersebut seperti yang diamalkan negara jiran.

“Singapura juga sebelum ini memberi cuti 60 hari kepada pekerja swasta tetapi kini kerajaan mereka sudah tingkatkan hingga 82 hari.

“Tetapi gaji tambahan selama 22 hari itu dibayar kerajaan, bukannya majikan,” kata Datuk Shamsuddin Bardan seperti dilaporkan Harian Metro.

Perdana Menteri semalam mengumumkan cuti bersalin pekerja swasta ditambah kepada 90 hari sama seperti penjawat awam.

Penjawat awam yang hamil lima bulan dan ke atas juga dibenarkan pulang awal bermula tahun depan, kata Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2018.

Shamsuddin berkata kos syarikat akan meningkat hampir 50 peratus jika pekerja swasta dibenarkan cuti bersalin 90 hari.  

“Kita boleh berbincang dengan kerajaan bagaimana boleh menyesuaikan kehendak baru ini dengan kehendak sektor swasta, hasrat ini perlu diperhalusi.

“Saya berpendapat pihak swasta tidak akan selesa dengan cadangan ini dan akan menentang sekiranya mahu ia diwajibkan,” beliau dilaporkan berkata.

Sumber: Malay Mail

 



Sumber “Mohon kerajaan tanggung 30 hari cuti bersalin itu” – Cuti bersalin ditambah dari 60 ke 90 hari pekerja swasta hanya menambah kos syarikat, kata Persekutuan Majikan Malaysia

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iIcH5G

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.