Hi! Welcome Back and Stay Tune! Idris cabar Pakatan laksana pendidikan percuma di Unisel - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Idris cabar Pakatan laksana pendidikan percuma di Unisel

Idris berkata, pembangkang yang sudah lama mencanangkan pendidikan percuma tersebut sepatutnya melaksanakannya di Selangor melalui Universiti Selangor yang dimiliki kerajaan negeri itu.

Idris-Jusoh-pendidikanKOTA BHARU: Rakyat dinasihatkan tidak terpengaruh dengan janji pembangkang untuk melaksanakan pendidikan percuma di negara ini kerana tawaran itu tidak praktikal dan sukar untuk dilaksanakan.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pembangkang yang sudah lama mencanangkan pendidikan percuma tersebut sepatutnya melaksanakannya di Selangor melalui Universiti Selangor (Unisel) yang dimiliki kerajaan negeri itu.

“Saya cabar mereka buat dulu pendidikan percuma di Unisel,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baharu Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu dan pelancaran Makmal Data Raya seluruh sistem UiTM di sini, hari ini.

Idris berkata Kerajaan Persekutuan tidak mengenakan yuran yang tinggi kepada para pelajar dan menjadikannya antara yuran yang terendah di Asia.

“Ini kerana kadar yuran akademik semasa yang dikenakan oleh universiti awam (UA) ditampung dengan subsidi oleh kerajaan lebih 90 peratus,” katanya.

Beliau berkata kerajaan membantu lagi para pelajar dengan memberi pelbagai kemudahan pinjaman pengajian seperti dari PTPTN, pembiayaan biasiswa atau tajaan dari pelbagai pihak termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam.

Dalam Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, antaranya memperuntukan biasiswa sebanyak RM2.2 bilion bagi memartabatkan pendidikan tinggi.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Idris cabar Pakatan laksana pendidikan percuma di Unisel

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2icxXMY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.