Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua beradik ditahan, curi perkakas rumah RM10,000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua beradik ditahan, curi perkakas rumah RM10,000

Polis berkata suspek berumur 38 dan 39 tahun ditahan dalam serbuan di rumah suspek pada kira-kira 4.30 pagi. — Foto AFPPolis berkata suspek berumur 38 dan 39 tahun ditahan dalam serbuan di rumah suspek pada kira-kira 4.30 pagi. — Foto AFP

KUALA NERANG, 15 Okt — Polis menahan dua beradik dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar daerah Padang Terap dan Kota Setar dalam operasi dijalankan di sebuah kampung di Mukim Kurong Hitam, di sini, pada 5 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Nerang DSP Noh Idris berkata suspek berumur 38 dan 39 tahun itu ditahan dalam serbuan di rumah suspek pada kira-kira 4.30 pagi.

“Polis menemukan pelbagai barangan seperti seunit pam air, seunit mesin pemotong rumput, empat unit tong gas, seunit komputer riba, satu set teater rumah  dan dekoder Astro di rumah suspek yang kesemuanya bernilai lebih RM10,000.

“Kesemua barangan itu dilaporkan hilang di sekitar Kuala Nerang dan Langgar,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya ujian urin mendapati kedua-dua suspek negatif  dadah dan menurutnya barangan curi itu untuk dijual kepada individu tertentu.

Noh berkata polis turut memberkas seorang pembekal (tokan) dadah berumur 49 tahun di Jalan Kampung Sungai Siput, Naka kira-kira pukul 11.30 pagi kerana dipercayai  mengedar dadah di sekitar Felda Lubuk Merbau, di sini pada 10 Okt lalu.

​​​​​​​Hasil pemeriksaan di dalam beg pinggang dipakai lelaki itu, polis menemukan empat paket berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah heroin seberat 153.82 gram dan empat paket  berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki syabu seberat 68.44 gram, katanya.

Katanya, suspek yang dikenali dengan nama panggilan “Tupai” mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan dadah dan kes curi kenderaan dan ujian urin mendapati dia positif dadah morfin.

“Suspek juga dipercayai perancang utama dalam kes menculik seorang kanak-kanak dan mencuri kenderaan di sebuah  stesen minyak d Tanah Merah, Jitra pada 3 Okt lalu,” katanya.

Suspek direman tujuh hari bermula 11 Okt dan kes disiasat  mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, katanya. — Bernama 



Sumber Dua beradik ditahan, curi perkakas rumah RM10,000

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2glnFNL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.