Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua kerbau dicuri, disumbat masuk dalam kenderaan MPV - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua kerbau dicuri, disumbat masuk dalam kenderaan MPV

SEREMBAN: Polis menggagalkan cubaan dua lelaki mencuri dua ekor kerbau dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Taman Happy di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian jam 5.20 pagi itu disedari polis peronda lebuh raya sebelum bertindak mengejar suspek selepas dilihat mencurigakan di Kilometer 263 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Senawang sebelum mengekorinya.

"Kenderaan jenis Mitsubishi Grandis itu telah keluar di Plaza Tol Port Dickson arah selatan menghala ke Jalan Rasah dan didapati telah memberhentikan kenderaan di tepi jalan.

"Suspek kemudiannya bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran Taman Happy, Jalan Rasah di sini dan gagal dikesan," katanya kepada media di sini hari ini.

Sulizmie Affendy juga berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pihaknya ke atas kenderaan terbabit telah menjumpai dua ekor kerbau di bahagian tempat duduk penumpang belakang dipercayai dicuri.

"Hasil semakan nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan suspek adalah palsu.

"Kenderaan itu dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan dua ekor kerbau itu diserahkan kepada Jabatan Veterinar Seremban untuk dijaga sementara kes masih dalam siasatan," katanya.

Beliau berkata, usaha menjejaki dan menangkap suspek sedang dilakukan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 108(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA



Sumber Dua kerbau dicuri, disumbat masuk dalam kenderaan MPV

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kji9fB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.