Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hazama Keluar Dari Zon Selesa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hazama Keluar Dari Zon Selesa

Selepas kejayaan lagu Aku Yang Sebenar, menyusul single terbaru daripada Hazama berjudul Aku Bukan Dewa.

Ia sebuah lagu yang mengangkat genre muzik progresif pop rock yang mana Hazama sendiri bersama Taja bertindak sebagai komposer manakala Ad Samad selaku penulis lirik. Tambah istimewa Hazama turut bekerjasama dengan penyanyi rap tersohor tanah air, Altimet dalam menjayakan single ini.

Mengulas mengenai edisi terbaharu beliau ini, Hazama menjelaskan, dia teruja kerana sekali lagi berpeluang untuk bekerjasama dengan nama-nama hebat di sebalik tabir penghasilan Aku Bukan Dewa ini.

"Aku Bukan Dewa ini saya anggap sangat dekat dengan diri saya kerana ia menceritakan tentang semangat juang saya dalam industri muzik ini.

"Dari hari pertama saya bertapak dalam industri, pelbagai ranjau dan onak duri terpaksa saya tempuhi sebelum saya berada di sini pada hari ini. Lagu ini sangat istimewa kerana muzik yang dipersembahkan seolah-olah memberi gambaran akan penceritaan dan ‘mood’ atau suasana yang ingin disampaikan.

Tambah menarik, pendekatan genre muzik yang saya ambil pada kali ini iaitu progresif pop rock, berlainan dari konsep pop balada yang saya bawa selama ini.

"Saya ingin lari dari ruangan selesa saya dan menampilkan kelainan dengan tampil menyampaikan lagu rancak. Ini sebenarnya adalah jiwa saya dan pada kali ini, saya akan membawa peminat menyelami aliran sebenar muzik, dalam dunia saya," katanya.

Berkongsi mengenai cabaran yang perlu dilalui untuk menyiapkan single ini, Hazama berkata, dia tidak mengalami sebarang kesulitan dari aspek vokal kerana dia begitu menyukai dan sangat teruja dengan lagu ini.

Bagaimanapun dia merasakan, cabaran itu mungkin hadir di saat ingin memenangi hati peminat terutamanya mereka yang selama ini terbiasa dengan lagu-lagu saya yang berentak pop balada.

"‘Aku Bukan Dewa adalah sebuah lagu yang berentak rancak, tetapi sebagai seorang penyanyi dan juga komposer lagu ini, saya perlu tampil versatil dan terus berkarya dalam industri untuk kekal relevan.

"Saya ingin terus menghiburkan peminat yang sentiasa setia berada di belakang saya. Saya berharap, peminat saya mampu menerima kelainan ini dengan hati terbuka dan semoga terhibur dengan lagu ini," tuturnya.

Buah tangan terbaharu daripada Hazama ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan telah diperdengarkan di corong-corong stesen radio tempatan sejak 2 Oktober lalu.

Selain ia boleh didengari di landasan penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Muzik video lagu ini pula dijangka bakal menemui peminat dalam jangka masa terdekat ini di saluran Youtube Rocketfuel Network.



Sumber Hazama Keluar Dari Zon Selesa

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xP1UMJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.