Kastam optimis capai kutipan GST RM42 bilion tahun ini
Beliau berkata jangkaan itu sekali gus mampu memenuhi sasaran kutipan GST iaitu sebanyak RM42 bilion pada tahun ini sepertimana yang ditetapkan menerusi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jabatan berkenaan.
"Sepanjang tahun lepas, Kastam telah berjaya mengutip kira-kira RM41 bilion dan kita yakin tahun ini, kita akan dapat mengatasi kutipan tersebut.
"...dan bagi merealisasikan pencapaian itu, Kastam akan mengambil pendekatan dengan menempatkan pegawai-pegawai (Kastam) yang bertindak sebagai duta atau wakil GST di persatuan dan dewan perniagaan seluruh negara bermula 15 Okt sehingga 31 Dis depan," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam Se-Malaysia kali ke-82 di sini, hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/GST) Datuk Paddy Abd Halim dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan ) Datuk Zulkifli Yahya.Jelas Subromaniam, langkah itu dibuat bagi membantu peniaga atau pemilik syarikat yang menghadapi masalah berkaitan GST terutamanya dalam membuat pengikraran yang betul pada penyata GST-03.
"Langkah ini diambil berdasarkan kepada dasar baharu Kastam iaitu pematuhan melalui pendidikan di mana pegawai ini akan membantu peniaga dalam urusan GST.
"Untuk permulaan kita akan menempatkan pegawai ini di sekitar kawasan Lembah Klang sebelum ia diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat mengikut kepada keperluan serta permintaan persatuan dan dewan perniagaan ini," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan peniaga dan pemilik syarikat supaya memanfaatkan peluang yang diberikan pihaknya sebelum sebarang tindakan tegas diambil terhadap mereka yang gagal membuat pengikraran penyata GST masing-masing bermula 1 Jan tahun depan.
Sebelum ini, menurut Subromaniam, peniaga yang gagal membayar GST dengan betul hanya dikenakan penalti mengikut budi bicara jabatan itu.
"Namun, bermula tahun hadapan selain perlu membayar cukai dan penalti, kita turut membuat audit dan siasatan menyeluruh terhadap mereka mengikut peruntukan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014," katanya.
-- BERNAMA
Sumber Kastam optimis capai kutipan GST RM42 bilion tahun ini
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yUWVbf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment