Hi! Welcome Back and Stay Tune! Murid tahun empat maut terjerut ketika main tali rafia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Murid tahun empat maut terjerut ketika main tali rafia

BUTTERWORTH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut selepas terjerut tali rafia ketika bermain dengan tali yang tergantung di buaian rumahnya di Pangsapuri Ria, Lebuh Bengali di sini semalam.

Jurucakap polis berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12 tengah malam oleh keluarga mangsa yang memaklumkan insiden tersebut.

"Berdasarkan siasatan awal, nenek mangsa memaklumkan kanak-kanak itu bermain sendirian di dalam biliknya dan ketika wanita berkenaan hendak memanggilnya untuk makan malam, dia mendapati cucunya itu terbaring di lantai.

"Pemeriksaan mendapati terdapat tali rafia di leher kanak-kanak itu dan sebahagian lagi tali berkenaan masih tergantung di buaian tersebut. Polis percaya dia bermain dengan tali tersebut sebelum terjerut sendiri," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata semasa kejadian hanya mangsa dan nenek serta datuknya berada di rumah mereka manakala ibu bapanya keluar mengambil kakaknya dari kelas tuisyen.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Supt Abdul Aziz Daud ketika dihubungi berkata polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan mayat anak bongsu daripada dua beradik itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat sebelum dituntut anggota keluarganya.

-- BERNAMA



Sumber Murid tahun empat maut terjerut ketika main tali rafia

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yWp69U

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.