Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pasangan Beregu Boleh Bertahan Mempunyai Visi & Misi Sama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pasangan Beregu Boleh Bertahan Mempunyai Visi & Misi Sama

KUALA LUMPUR – Berkongsi pengalaman sebagai bekas pemain beregu negara, Koo Kien Keat berpendapat kunci kejayaan beregu badminton bergantung kepada pasangan yang mempunyai misi dan visi yang sama untuk kekal kompetitif di persada antarabangsa.

Kien Keat bergandingan dengan Tan Boon Heong pada 2006-2014 berkata beliau memahami krisis yang melanda Tan Wee Kiong dan Goh V Shem sehingga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu dipisahkan dan tidak menafikan masalah komunikasi dengan pasangan memang tidak boleh dielak.

“Bagi saya pemain beregu sangat ‘unik’ kerana kami (beregu) sangat berbeza dengan pemain perseorangan… kami tidak boleh pentingkan diri kerana kita tidak tahu siapa pasangan kita jika dipisahkan, kami perlu bekerjasama dengan sesiapa sahaja (pasangan), tanpa mengira status junior atau senior,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

V Shem dan Wee Kiong dipisahkan berikutan prestasi merosot sepanjang tahun ini walaupun beberapa kali ditegur Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Terbaru, V Shem digandingkan dengan Teo Ee Yi, manakala Wee Kiong bersama Ong Yew Sin.

Kien Keat berkata persefahaman antara pasangan dalam beregu lelaki bukan sekadar di gelanggang sahaja tetapi kedua-dua pemain perlu banyak bertolak ansur dalam pelbagai aspek.

Terdahulu Kien Keat dilantik sebagai Pengarah Prestasi Tinggi Badminton Asia.

Badminton Asia menandatangani perjanjian dengan agensi pengurusan acara, E-Plus Global Sdn Bhd (E-Plus) melantik syarikat itu sebagai rakan strategiknya.

Pada majlis penandatanganan itu, Presiden Badminton Asia, Anton Aditya Subowo dan Ketua Pegawai Eksekutif E-Plus Andrew Ching, telah melakar sejarah baharu bagi kedua-dua pihak meningkatkan penguasaan sukan itu di rantau ini.

Badminton Asia, yang juga badan induk sukan itu di Asia, di bawah pimpinan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), adalah badan yang mengawal selia semua kejohanan badminton di Asia. E-Plus, agensi pengurusan acara yang terkenal kerana kemampuannya mempromosikan dan menganjurkan acara sukan antarabangsa di rantau ini.

“Kerjasama kami dengan E-Plus adalah berdasarkan kepercayaan bersama kami dalam membangunkan idea-idea dan program untuk memenuhi keperluan pemain badminton di semua peringkat.

“Ini juga merupakan sebahagian daripada matlamat kami untuk membantu Persekutuan Kebangsaan membangunkan bakat baharu bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020. E-Plus pula mempunyai pengalaman luas dalam mempromosi, menganjurkan dan membangunkan acara-acara sukan, dan saya yakin pelantikan ini akan meningkatkan lagi nilai Konfederasi di Asia,” kata Anton. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xRaUhW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.