Menyamar jadi polis peronda siap nasihat sorok duit dalam beras, alih-alih dia yang penyamun!
BATU PAHAT – Menyamar sebagai anggota polis yang bertugas meronda bagi mencegah jenayah, namun hakikatnya dia yang melakukan jenayah dengan memperdaya warga emas.
Kejadian berlaku di Kampung Parit Tengah Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Selasa lalu, mengakibatkan Katijah Amir, 77, kerugian RM15,000 apabila barangan kemas miliknya dilarikan lelaki terbabit.
Menurut Katijah, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, suspek datang ke rumahnya dengan menunggang motosikal dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis yang melakukan tugas rondaan jenayah.
Katanya, suspek pada mulanya memberi nasihat mengenai cara menyimpan barangan berharga dan memintanya mengambil tong berisi beras bagi melakukan demonstrasi.
“Dia datang seorang diri pakai baju kemeja T dan beri salam. Mulanya memang saya tak buka pintu, hanya lihat di tingkap. Tapi dia perkenalkan diri sebagai polis dan minta saya ambil tong beras serta wang tunai untuk tunjukkan cara simpan duit dalam beras sebagai langkah keselamatan.
“Lepas tu dia suruh saya ambil wuduk sebanyak tujuh kali. Masa tu saya ikut sahaja nasihatnya dan habis ambil wuduk, lelaki itu lesap bersama wang tunai RM200,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.
Katijah berkata, disebabkan curiga dan rasa tidak sedap hati, dia memeriksa barangan kemas yang disimpan dalam bilik tidurnya sebelum mendapati semuanya sudah tiada.
“Kejadian berlaku dalam 20 minit. Saya sendiri tak tahu apa terjadi ke atas diri saya sehingga menurut saja kata-kata lelaki tersebut,” katanya.
Sementara itu, menantu mangsa, Malasinah Sadikon, 51, berkata, ketika kejadian, dia sepatutnya menemani ibu mentuanya, namun mempunyai urusan di Pejabat Tanah dan Galian Batu Pahat.
“Ini kali kelima ibu cuba ditipu dan kali ini penjenayah berjaya. Beberapa tahun sebelum ini ibu cuba ditipu sebanyak RM2,000 oleh sindiket gores dan menang, tapi nasib baik ada kenalan saya di bank bertanyakan tujuan duit dikeluarkan dan menghalangnya,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan menurutnya, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Sumber Menyamar jadi polis peronda siap nasihat sorok duit dalam beras, alih-alih dia yang penyamun!
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fGs9KG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment