Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Malam Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Malam Ini

U.S dolar sedikit jatuh dari paras tertinggi enam minggu lalu berbanding enam matawang pada hari Selasa tetapi masih lagi kukuh. Dalam pada masa yang sama, sterlling juga jatuh berikutan laporan data PMI UK pukul 4.30 petang tadi yang menunjukkan kekhuatiran terhadap rundingan Brexit.

Indeks US dolar berada pada 93.32 setakat pukul 10.18 malam.

Permintaan ke atas dolar U.S didorong oleh jangkaan kenaikan kadar faedah dan dasar fiskal oleh pentadbiran Trump (reformasi cukai).

Laporan aktiviti industri (Manufacturing PMI) melonjak ke paras tertinggi 13 tahun lalu pada September dengan sokongan dari indeks tempahan baru menguatkan lagi jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Fed pada bulan Disember ini.

Jangkaan kenaikan kadar faedah menyebabkan hasil bon kerajaan U.S kelihatan lebih menarik dan secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan U.S dolar.

Matawang Euro menguat berbanding U.S dollar pada jam 10.00 p.m dan ketika ini naik sehingga 0.20%. Hal ini kerana laporan undian yang condong ke arah kemerdekaan buat Catalonia diisytihar tidak rasmi oleh kerajaan pusat menyebabkan matawang Euro sedikit stabil.

Namun, ketidaktentuan politik yang berlaku di Jerman berikutan kemenangan tipis oleh Angela Merkel yang mewakili parti koservatif semakin kehilangan kuasa dalam pilihanraya sebelum ini.

EUR/GBP naik sehingga 0.38% setakat pukul 10.00 p.m kepada 0.8870.

Matawang GBP jatuh ke paras terendah hari ini berbanding Euro pada Selasa selepas data sektor pembinaan (UK PMI Construction) yang dikeluarkan pukul 4.30 petang tadi meleset daripada jangkaan dan bacaan sebelum ini. Data merekod bacaan 48.1 yang menunjukkan kejatuhan dalam aktiviti sektor pembinaan UK.

Matawang GBP juga kekal lemah berbanding dengan U.S dolar iaitu kejatuhan sebanyak 0.20% pada 1.3251.

The post Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Malam Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xQRjP6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.