Sentimen Semasa Menjelang Pembukaan Pasaran New York Malam Ini
Indeks US dolar merekod kemerosotan dengan pengukuhan matawang Euro ketika ini. EUR/USD melonjak naik sejak tujuh jam lepas selepas mencapai paras terendah pada Selasa di 1.1695.
Setakat pukul 8.01 malam, EUR/USD telah merekod kenaikan hampir 70 pip.
Walaupun US dolar melemah berbanding Euro, namun matawang greenback masih lagi kukuh berbanding Pound dan Yen. Dengan kenaikan hasil-bon yang masih berada di paras tertinggi peluang untuk USD/JPY jatuh masih terhad. Bagi pasangan matawang US dolar dengan NZD dan AUD, greenback lemah sejak pembukaan pasaran Eropah.
Malam ini tumpuan pasaran untuk US dolar akan terarah kepada komen oleh Fed Powell salah seorang yang dikatakan sebagai calon menggantikan Janet Yellen sebagai Pengerusi The Fed. Oleh itu, penting untuk pasaran mendapatkan isyarat dari beliau tentang polisi monetari di masa hadapan.
- Pasaran saham
Pasaran saham Asia pada Selasa ditutup lebih tinggi dengan prestasi positif Wallstreet pada Isnin.
Nikkei 225 (Jepun) : +1.05%
ASX 200 (Australia) : -0.49%
Hang Seng (Hong Kong) : +2.25%
Kospi (Korea Selatan) : +0.90%
Manakala indeks saham Eropah secara keseluruhannya positif dan pasaran hadapan (futures) Wall Street pula bercampur-campur setakat pukul 7.55 malam:
Euro STOXX 50 (Blue chips) : +0.12%
Indeks DAX (Jerman) : +0.58%
Indeks CAC40 (Perancis) : +0.20%
FTSE 100 (Britain) : +0.08%
Dow Jones : -0.03%
Nasdaq : +0.09%
S&P 500 : -0.05%
Pergerakan saham penting bagi melihat risk appetite para pelabur dalam pasaran semasa. Anda perlu perkuatkan analisis fundemental untuk memahami risk appetite melalui saham.
- Pasaran Bon
Hasil-bon Amerika Syarikat secara keseluruhannya naik. Berikut adalah perubahan hasil-bon dunia menjelang pembukaan pasaran US malam ini.
US-10Y Yield : +0.55%
US-5Y Yield : +0.45%
US-30Y Yield : +0.75%
- Komoditi
Harga emas jatuh ke paras terendah lapan minggu lalu pada hari Selasa, dengan pelabur semakin optimis terhadap ekonomi US serta jangkaan kenaikan kadar faedah Fed pada bulan Disember yang semakin meningkat, menolak dolar dan hasil bon US lebih tinggi.
Emas sensitif dengan perubahan greenback. USD yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi.
Pasaran minyak mentah pula ditekan berikutan pelabur bimbang dengan peningkatan pengeluaran OPEC pada bulan Sepetmber serta harga yang tinggi akan menyebabkan hasil pengeluaran minyak di US meningkat, sekali gus menganggu kestabilan pada pasaran minyak. Berikut adalah pergerakan harga penanda aras utama minyak mentah dunia setakat pukul 7.59 malam.
Minyak mentah WTI: -0.10%
Minyak Brent: -0.12%
The post Sentimen Semasa Menjelang Pembukaan Pasaran New York Malam Ini appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yGtUPC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment