Sekutu Merkel Menggesa Theresa May Memecat Boris Johnson
Perdana Menteri U.K seharusnya memecat Boris Johnson jika beliau inginkan kemajuan dalam rundingan Brexit, kata Manfred Weber yang merupakan ahli politik Jerman dan Parlimen Eropah (MEP).
Manfred Webber, salah seorang ahli parlimen berpengaruh di Jerman berkata dalam perdebatan di Strasbourg terhadap rundingan Brexit yang bertentangan dengan kenyataan kerajaan May termasuk menteri luar Boris Johnson.
“Tolong pecat Johnson,” ujar Weber, seorang ahli konservatif yang memiliki kuasa perundangan untuk meluluskan segala bentuk rundingan Britain dengan EU sebelum Mac 2019.
Weber berpandangan ucapan Johnson yang menekankan ‘red lines‘ keatas Brexit telah menyebabkan kerajaan British terperangkap dengan perbalahan sesama sendiri.
Boris Johnson menetapkan empat “redline” perbadi sebagai tanda tidak bersetuju dengan rundingan rumit bersama kesatuan Eropah. Empat kenyataan peribadi bahawa peralihan ini mungkin hanya bertahan selama 2 tahun; Britian tidak sepatutnya menerima penghakiman mahkamah Eropah dalam tempoh peralihan; tidak melakukan sebarang pembayaran untuk mendapatkan akses pasaran apabila peralihan tamat; dan tidak perlu bersetuju untuk menggunakan regulasi EU bagi mendapatkan akses.
”Letakkan Britain sebagai keutaamaan, lebih tepat kepada rakyat Britain, bukan parti sendiri.” nasihat Weber kepada Theresa May.
The post Sekutu Merkel Menggesa Theresa May Memecat Boris Johnson appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wvA04M
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment