'Mastermind' Facebook Mark Zuckerberg Minta Maaf
“Di sebalik menyatukan kita semua, hasil kerja saya telah digunakan untuk memecahbelahkan orang ramai, saya memohon maaf dan akan bekerja dengan lebih baik,” katanya sempena berakhirnya cuti Yom Kippur iaitu percutian bagi golongan Yahudi untuk menebus dosa.
Zuckerberg yang juga Ketua Eksekutif Facebook Inc., tidak merujuk isu tertentu dalam mesejnya itu yang dimuat naik ketika Facebook dan beberapa syarikat teknologi lain kini di bawah pemantauan ketat ekoran siasatan yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) terhadap potensi pembabitan Rusia dalam kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu.
Pada 16 September lalu, Facebook memaklumkan pihaknya mendapati sebuah operasi dipercayai berpangkalan di Rusia membelanjakan AS$100,000 (RM422,000) untuk beribu-ribu iklan mempromosi mesej memecahbelahkan dan politik dalam tempoh dua tahun.
Facebook yang merupakan rangkaian media sosial utama turut memaklumkan, sebanyak 3,000 iklan dan 470 akaun ‘tidak sahih’ serta halaman, telah menyebarkan pendapat dan pandangan memecahbelahkan melalui pelbagai topik termasuk pendatang dan kaum.
Media sosial itu juga telah melakukan operasi baik pulih cara pengendalian iklan berbayar tentang politik selepas Kongres AS mengugut untuk mengawal selia rangkaian media sosial terbesar dunia itu berikutan iklan-iklan ‘sulit’ yang disiarkan semasa kempen-kempen pilihan raya.
Siasatan yang dijalankan oleh beberapa jawatankuasa Kongres termasuk Jabatan Kehakiman telah mengeruhkan imej pentadbiran Presiden Donald Trump sejak beliau memulakan tugas pada Januari lalu selain mengancam agendanya.
Sumber 'Mastermind' Facebook Mark Zuckerberg Minta Maaf
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g76OKZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment