Dua Letupan Di Accra Cetus Panik
ACCRA – Lori tangki yang mengangkut gas asli terbakar di ibu kota Ghana, mencetuskan dua letupan yang kedengaran di seluruh bandar raya itu, menyebabkan kebakaran yang memaksa penduduk melarikan diri.
Polis berkata, letupan berlaku di bulatan Persimpangan Atomic di kawasan Legon di timur laut Accra kira-kira jam 7.30 petang waktu tempatan.
“Saya berada di Legon dan mendengar bunyi dua letupan. Seluruh bangunan bergoyang,” kata jurucakap Efia Tenge.
Jurucakap Perkhidmatan Bomba Kebangsaan Ghana, Billy Anaglate, berkata kebakaran itu menyebabkan letupan di stesen gas asli dan stesen minyak berhampiran.
“Masih terlalu awal untuk kami menyatakan punca kebakaran. Kami akan menyiasat. Beberapa kenderaan lain turut terbakar disebabkan letupan,” katanya.
Wartawan AFP berkata, kawasan itu ditutup. Anggota bomba dan ambulans berada di lokasi kejadian.
Namun Anaglate berkata, beliau tiada maklumat mengenai kematian.
Pihak berkuasa Accra memberi amaran kepada orang ramai supaya mengelakkan kawasan itu, yang juga menempatkan kampus Universiti Ghana. – AFP/BH ONLINE
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y31Sid
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment