Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kementerian Kesihatan nasihatkan ibu bapa jangan benarkan anak dijangkiti beguk ke sekolah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kementerian Kesihatan nasihatkan ibu bapa jangan benarkan anak dijangkiti beguk ke sekolah

GEORGE TOWN, 8 Okt ― Kementerian Kesihatan menasihatkan ibu bapa supaya tidak membenarkan anak yang dijangkiti beguk ke sekolah kerana bimbang penyakit itu menjangkiti murid lain.

 

Kementerian Kesihatan nasihatkan ibu bapa jangan benarkan anak dijangkiti beguk ke sekolah

Kementerian Kesihatan nasihatkan ibu bapa jangan benarkan anak dijangkiti beguk ke sekolah

 

 

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata walaupun penyakit beguk merupakan gejala ringan, namun ia boleh berjangkit kepada kanak-kanak yang belum mempunyai sistem imuniti tubuh yang kuat.

“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana pejabat kesihatan di daerah sedang mengambil langkah tambahan untuk mengawalnya daripada merebak.

“Cuma saya nak nasihatkan ibu bapa agar tidak membawa anak mereka ke kawasan orang ramai atau tempat terbuka terutamanya sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Apresiasi Negaraku Sehati Sejiwa 2017 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang di sini semalam.

Dr Hilmi, yang juga anggota parlimen Balik Pulau, berkata orang ramai yang mengalami penyakit beguk diminta mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan bagi mengelak ia menjadi lebih teruk.

“Paling penting bagi kanak-kanak adalah mereka perlu mendapatkan rawatan segera di klinik jika dijangkiti penyakit beguk kerana sistem imuniti mereka masih belum kuat,” katanya.

Kelmarin, Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa penyakit beguk membabitkan murid di Putrajaya berpunca daripada jemaah haji yang baru kembali dari Tanah Suci.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya pada 15 Sept lepas mengesahkan kes beguk membabitkan 11 murid Sekolah Kebangsaan Presint 11, Putrajaya yang dilaporkan pada 25 Julai lalu.

Bagaimanapun, sejumlah 17 kes lagi dilaporkan selepas itu, membabitkan sekolah sama dan dua sekolah lain.

Beguk disebabkan oleh jangkitan virus “Paramyxovirus” dan menyebabkan pesakit mengalami demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, hilang selera makan dan bengkak serta sakit di kelenjar parotid (kelenjar air liur). ― Bernama

 
Sumber: Malay Mail


Sumber Kementerian Kesihatan nasihatkan ibu bapa jangan benarkan anak dijangkiti beguk ke sekolah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y2zor6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.