Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis tahan wanita paksa anak jadi pelacur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis tahan wanita paksa anak jadi pelacur

Polis Sarawak menahan ibu kandung dan pemilik karaoke yang berkomplot melacurkan gadis berusia 14 tahun untuk membayar hutang.

dev-kumar

MIRI: Polis hari ini menahan 2 wanita termasuk seorang ibu disyaki melacurkan anak kandungnya berusia 14 tahun untuk melangsaikan masalah hutang, di Lawas, Limbang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata tangkapan pertama dilakukan pada 2.15 petang di Jalan Liaw Kim Liu, Lawas melibatkan suspek berusia 30 tahun yang merupakan ibu kandung mangsa.

“Tangkapan ke-2 pada 3.05 petang apabila polis menangkap wanita berusia 45 tahun yang juga pemilik karaoke di sebuah kedai di Jalan Haji Matussin, Lawas,” katanya dalam kenyataan.

Dev berkata polis sedang dalam proses mengenal pasti identiti dan memburu lelaki yang didakwa merogol remaja perempuan itu.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Pejabat Daerah Lawas pagi esok untuk permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43(1) (a) & (d) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang tidak lagi bersekolah membuat laporan di Balai Polis Lawas pada 10.55 pagi tadi dengan bantuan ketua kampung tempat mangsa tinggal.

“Mangsa bekerja sebagai pelayan di sebuah karaoke di Lawas. Dia dipaksa oleh ibu kandungnya dan pemilik karaoke tersebut untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya,” katanya.

Dev berkata mangsa mendakwa ibunya mempunyai masalah kewangan yang serius akibat terlalu banyak berhutang dan meminta dia mengikut lelaki terbabit ke sebuah hotel di Lawas.

“Mangsa melihat lelaki itu membayar RM1,000 kepada pemilik karaoke seorang wanita berusia 45 tahun dan kejadian berlaku pada April 2017, dengan mangsa mendakwa lelaki tersebut merogolnya 3 kali di sebuah bilik di hotel tersebut,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang sebelum ini merahsiakan insiden tersebut, akhirnya melaporkan kejadian tersebut kepada ketua kampung di kawasan tempat tinggalnya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Polis tahan wanita paksa anak jadi pelacur

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xrw8Bh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.