Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perdebatan Tentang Aset ‘Safe-Haven’ Seperti Matawang YEN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perdebatan Tentang Aset ‘Safe-Haven’ Seperti Matawang YEN

Selalu terjadi matawang Yen akan melonjak apabila Korea Utara melancarkan peluru berpandu merentasi Jepun. Perkara ini seakan tidak logik kerana yang mungkin mendapat ancaman itu adalah Jepun, tetapi Yen biasanya akan mengukuh. Itulah yang dipanggil sebagai aset atau matawang ‘Safe Haven‘ yang salah satu daripadanya adalah Yen.

Ramai pedagang atau trader tidak memahami perkara ini (safe-haven).

Konsep yang mengatakan pelabur akan mencari aset berkualiti pada masa krisis dan ketidaktentuan adalah satu konsep yang lapuk. Tambahan pula sekarang, ada segelintir yang menganggap “Bitcoin” itu sebagai safe-haven. Pasaran sejak lama dahulu mengandaikan aset safe-haven  terdiri daripada US dolar, Euro, Yen dan Swiss Franc.

Faktor pemilihan aset safe-haven oleh pelabur-pelabur adalah satu subjek yang telah lama diperdebatkan oleh golongan akademik dan penganalisis. Antara yang menjadi isu perdebatan adalah sama ada aset itu sememangnya safe-haven atau ia hanya disebabkan faktor carry trade.

Penting untuk anda mengetahui apa itu risk-on dan risk-off untuk memahami sentimen pasaran.

Pada masa pasaran bergerak stabil (risk-on atau tidak berisiko), biasanya carry trade akan memainkan peranan penting. Carry trade bermaksud tindakan pelabur meminjam wang dari negara yang kadar faedahnya rendah dan melaburkannya semula kepada aset yang boleh memberikan hasil yang tinggi.

Jepun biasanya menjadi pilihan pelabur untuk meminjam wang seterusnya melemahkan Yen, dan perkara ini menjadi sebaliknya jika keadaan menjadi berisiko (risk-off) dengan Yen menguat semula.

Jadi, sebab itu Yen mengukuh apabila setiap kali Korea Utara melancarkan peluru berpandu disebabkan sifat Yen sebagai safe-haven.

Satu persoalan di sini saya tinggalkan untuk anda fikirkan. Adakah Yen menguat disebabkan sifatnya yang safe haven? atau carry trade yang bergerak sebaliknya?

Kami akan jawab soalan ini dalam siri kedua nanti dengan perbincangan yang lebih mendalam tentang matawang safe-haven.

The post Perdebatan Tentang Aset ‘Safe-Haven’ Seperti Matawang YEN appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hWqIMF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.