Hi! Welcome Back and Stay Tune! Impian suami jadi kenyataan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Impian suami jadi kenyataan

Penyanyi Lufya mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan pertengahan November depan.

Lufya berkata, dia yang kini sarat hamil lapan bulan tidak mengalami alahan teruk malah kandungannya juga sihat.

“Alhamdulillah, saya dan bayi dalam kandungan sihat. Bayi semakin aktif bergerak dan menendang dalam perut.

“Insya-Allah bayi perempuan ini dijangka lahir pada pertengahan November depan,” katanya.

Menurut Lufya, suaminya Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 27, antara insan paling teruja dan tidak sabar mahu menatap wajah anak mereka yang bakal dilahirkan.

“Suami memang mahukan anak perempuan. Syukur, impiannya dimakbulkan Allah SWT,” katanya.

Lufya berkata, dia dan Hafiz sudah memilih nama untuk zuriat sulung mereka itu.

“Kami akan umumkan nama selepas bayi ini dilahirkan.

“Saya risau dan berdebar menanti hari paling dinanti ini. Disebabkan itu saya buat majlis ‘Baby Shower’ semalam sebagai persediaan supaya lebih positif. Setidak-tidaknya kata-kata semangat daripada rakan-rakan yang hadir buat saya tenang.

“Segala persiapan juga sudah dilakukan. Doakan semoga proses bersalin berjalan lancar,” katanya.

Lufya dan Hafiz selamat bergelar suami isteri pada 26 November 2016.

The post Impian suami jadi kenyataan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fV1DNW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.