4 Trip Menaiki Kereta Api Dengan Pemandangan Yang Sangat Menakjubkan
Apabila melancong, setiap orang mempunyai kecenderungan atau minat berbeza terhadap sesuatu perkara. Ada yang gemar merasai makanan tempatan, ada yang suka ke tempat tumpuan pelancong untuk bergambar, ada yang suka ke muzium dan sebagainya.
Sekiranya berkemampuan dan mempunyai masa, apa kata cuba naiki trip kereta api yang kami senaraikan kali ini. Setiap perjalanan kereta api yang kami senaraikan dalam artikel ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan dan mengasyikkan yang tidak mungkin boleh diperolehi di tempat lain.
1. The Glacier Express - Switzerland
The Glacier Express adalah perkhidmatan kereta api yang menghubungkan dua bandar utama, St. Moritz dan Zermatt. Perkhidmatan kereta api ini bermula sejak 1930 lagi di mana setiap perjalanan mengambil masa selama 8 jam.
Perjalanan menggunakan perkhidmatan ini menjanjikan pemandangan menarik gunung-ganang di sekitar Switzerland. Setiap perjalanan kereta api ini akan melalui 291 buah jambatan dan 91 buah terowong.
2. Trans-Siberia Express - Rusia
Trans-Siberia Express adalah perjalanan yang menghubungkan bandar Vladivostok dan Moscow. Satu perjalanan mengambil masa 8 hingga 12 hari meliputi landasan kereta api sejauh 9,289 kilometer, iaitu landasan kereta api tertua di dunia.
Perjalanan menaiki kereta api ini melalui 7 zon waktu yang berbeza dan antara pemandangan menarik yang dapat dilihat adalah Tasik Balkan, iaitu tasik paling dalam di dunia.
3. TranzAlpine - New Zealand
New Zealand sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan cantik. Perjalnan TranzAlpine menawarkan pemandangan yang mengujakan bermula daripada Christchurch dan tamat di Greymouth.
Perjalanan sejauh 223 km ini mengambil masa kira-kira 5 jam dimana ianya akan melalui 19 buah terowong. TranzAlpine adalah salah satu perjalanan kereta api jarak jauh yang semakin popular di dunia dan pada 2016 sahaja, ianya mencatatkan jumlah pengguna sebanyak 106000 orang.
4. Tren a las Nubes - Argentina
Tren a las Nubes adalah satu perjalanan kereta api yang unik di mana di sesetengah bahagian, kereta api tersebut seolah-olah berada di atas awan. Laluan kereta api ini menghubungkan Argentina dan Chile dan melalui kawasan pergunungan di Andes.
Di Andes, kereta api ini akan melalui sebuah kawasan di mana landasan kereta api disini adalah setinggi 4,220 meter daripada aras laut, membolehkan anda melihat awan. Sepanjang perjalanan, kereta api ini akan melalui 29 buah jambatan dan 21 buah terowong. Buat masa ini, kereta api ini hanya mempunyai bilik penginapan untuk 170 orang sahaja dan jumlah ini dijangka akan bertambah pada masa hadapan.
Kredit:
- National Geographic
- Telegraph
- Business Insider
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y41ik9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment