Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini sebabnya kenapa Internet lebih bahaya kepada orang tua berbanding budak-budak! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini sebabnya kenapa Internet lebih bahaya kepada orang tua berbanding budak-budak!

Salam admin. Terima kasih kalau approve confession aku yang kedengaran yang agak pelik ni. Aku Cuma nak confess pasal internet dan orang tua.

 

Ini sebabnya kenapa Internet lebih bahaya kepada orang tua berbanding budak-budak!

Ini sebabnya kenapa Internet lebih bahaya kepada orang tua berbanding budak-budak!

 

 

Kenapa aku cakap internet ni agak bahaya untuk orang tua? Meh aku nak share story aku. Tahun ni di rumah aku beli TV internet dan aku upgrade internet kelajuan tinggi untuk memudahkan family dapat tonton TV dengan happy-nya. Tapi malang tak berbau, yang jadi masalah sekarang, ayah aku ketagih dengan TV internet ni terutama YouTube. Dulu ayah aku bukan jenis suka tengok TV tau dan ayah aku tak berminat benda-benda teknologi macam henpon canggih semua tu.

Setiap hari..pagi, petang, malam. Ayah aku akan duduk depan TV, tak buat apa-apa.. Lepas dia tengok TV, dia akan luangkan masa dengan termenung. Weh, aku rasa macam ayah aku tak ada life. Tahu tak apa yang ayah aku tonton di YouTube? Ceramah agama, ceramah politik dan VIDEO PELIK (Video yang cakap pasal kiamat, ayam azan la, macam-macam lah!). Benda ni jadi teruk sangat, ayah aku percaya 100% dengan video tu! Bila aku tegur dan bangkang dia akan cakap, “Kau tahu apa?? Dia dah tunjuk semua tu kat TV!”.

Video ceramah agama. Aku risau giler ayah aku ni bakal terpesong akidah. Ye la, boleh percaya ke ustaz-ustaz YouTube yang kita tak kenal tu? Lagi-lagi ceramah Indonesia (bukan aku nak kutuk Indonesia tapi aku dengar banyak ustaz pelik kat sana..lagi-lagi kita tak kenal kan. Ustaz Malaysia ni boleh jugak pilih mana yang dah kenal). Pantang nampak berjubah / berserban / berkopiah / muka macam arab ke, orang tua ni mudah percaya 100%. Kalau diorang berdebat dengan anak mudah tahfiz pun diorang akan cakap budak-budak tu baru nak UP dan tak reti apa (ni la orang tua suka perlekeh anak muda walau ilmu orang muda lebih tinggi). Aku tengok ada ustaz rakam video dengan phone, bercakap sorang dan pegang kitab. Belakang dia ada frame apa tah, pelik aku tengok. Ayah aku khusyuk dengar “ustaz” tu duk berkata-kata, cakap pasal hadis la..aku risau weh, risau hadis palsu! Lagi satu, aku risau ada ustaz ajaran sesat dalam youtube ni tak pasal-pasal akidah ayah aku terpesong!

Ceramah politik yang entah pape. Korang bayangkan bising gila rumah aku, ayah aku pasang volume kuat-kuat, segan weh kalau jiran dengar. Dah la pagi, petang, malam. Berhenti nak solat je, ayah aku memang takde life. Yang ni OK la sikit, buka mata ayah aku sebab di youtube banyak kutuk en.jib. Dulu dia la orang yang percaya 100% surat khabar utusan atau TV3. Sekarang tak lagi. Hewhew.

VIDEO PELIK. Ni aku paling sakit hati. Paling banyak video indonesia yang menakutkan manusia segenap alam. Dah la video tipu. Korang boleh percaya tak, ayah aku PERCAYA 100% ALIEN datang ke bumi? Aku geram jugak la, sampai terlompat-lompat ayah aku pasal benda ni. Ni kes dulu sampai masuk berita. Aku tengok air muka dia berubah ketakutan weh. Aku cakap kat dia, BENDA NI TIPU.. dia marah balik kat aku weh! Last masuk berita pasal kes video alien ni tipu.. Video alien tapi suara orang tengah rakam kemalangan. Geram aku rasa, aku ejek ayah aku tapi macam biasa, ayah aku tak pernah terasa dengan kesalahan dia buat. Boleh pulak ayah aku ketawakan orang lain yang PERCAYA benda tu. Tak tahu la “Siapa” orang tu..yang pasti..dia sendiri yang terhegeh-hegeh percaya.

Ada sekali tu, ayah aku tengok video pasal DUNIA NAK KIAMAT. Dalam video tu cakap : rumah tak boleh lagi duduk, duit dalam bank tak boleh dikeluarkan lagi dan macam-macam lah! Lepas tu ayah aku terus pergi cari mak aku.. Dia cerita segala benda ni pada mak aku. Mak aku pun ejek balik, “Dah tahu kenapa tak hebohkan pada orang lain?”. Ayah aku boleh pulak cakap, “Ehh..mana boleh bising! Kita bagitahu pada anak beranak kita je!”. Nampak gaya ayah aku macam nak amik semua duit dalam bank, risau benda ni terjadi. Padahal video ni dah 5 tahun lepas lagi weh.. Rosak betul otak ayah aku ni.

Macam-macam benda lagi terjadi yang pasti..ayah aku 100% percaya dengan internet dan segala benda ni. Aku bersyukur ayah aku cuma guna internet tengok youtube je.. Kalau ayah aku ada facebook / instagram / tempat shopping online semua tu habis la family aku. Ayah aku mudah percaya 100% dengan orang luar.. Cakap la apa jenis ubat / skim cepat kaya pun ayah aku boleh terjebak. Aku dah nasihat tapi tak menjadi, aku tak mampu lagi nak nasihat..bila dia tahu kebenaran kena tipu pun, dia boleh ketawakan mangsa lain padahal dia sendiri yang jadi mangsa.

Sebab tu internet ni bukan perlu ambik berat budak-budak je, orang tua pun bahaya jugak. Kalau orang tua tak tahu apa benda, terkena scam ke..memang bahaya la weh. Itu je kot aku nak share.

– Unknown

Sumber: IIUMC



Sumber Ini sebabnya kenapa Internet lebih bahaya kepada orang tua berbanding budak-budak!

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y2Abbv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.