Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerana Kabel Charger, Mulut Bayi Melecur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerana Kabel Charger, Mulut Bayi Melecur

SEORANG bayi yang berusia 19 bulan melecur teruk di bahagian mulutnya apabila dia memasukkan kabel pengecas telefon bimbit ke dalam mulutnya.

Insiden tersebut diaporkan berlaku di Glasgow, Amerika Syarikat pada 28 September lalu.

Menurut ibunya, Courtney N Davis, anak perempuannya itu telah memasukkan kabel yang masih mempunyai arus elektrik ke dalam mulutnya.

Hal itu menyebabkan bayi itu sekaligus terkena renjatan elektrik dan membuatkan bibir kirinya melecur teruk.

Sejurus insiden itu terjadi, Courtney bergegas membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Namun, doktor menyatakan tiada ubat yang boleh disapu di bibir bayi berkenaan kerana bimbang dia akan menjilat sekaligus menelan ubat tersebut.

Tambah Courtney lagi, kecuaian itu terjadi apabila dia terlupa untuk meletakkan pengecas telefon bimbit itu di tempat yang seperti kebiasaannya.

“Sebelum ini, dia tidak pernah cuba untuk memasukkan kabel charger tersebut ke dalam mulutnya dan tidak pernah menyentuhnya langsung.

“Namun, hari ini dia telah memasukkannya ke dalam mulut dan menyebabkan bahagian kiri mulutnya melecur dengan teruk,” tulisnya di laman Facebook.

Courtney juga memuat naik gambar dan menunjukkan perkembangan anaknya itu bermula daripada hari kejadian sehingga hari yang keenam.

Dalam pada itu, Courtney sempat berpesan kepada sesiapa sahaja supaya sentiasa berhati-hati dan tidak cuai meletakkan barang-barang elektrik seperti pengecas telefon bimbit di merata-rata tempat.

Entri Courtney ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada nerizen dan menjadi tular di AS dan telah dikongsi sebanyak lebih 200,000 kali.

Diharapkan insiden yang dikongsikan Courtney ini dijadikan pengajaran kepada kita dan lebih berhati-hati selepas ini. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yQ4cZa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.