Buah Pinggang Warga Emas Rosak Gara-Gara Campuran Daun Ketum
Penulisan ini ditulis Dr. Rafidah Abdullah, seorang Pakar Perunding Perubatan & Nefrologi, di laman Facebook beliau dan pihak iluminasi telah mendapat kebenaran mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama.
Pening kepala saya sampai ke Hospital lepas bercuti 2 minggu. Macam-macam ada!
Pakcik 56 tahun.
Pesakit Kencing Manis lebih 15 tahun; ada penyakit kronik buah pinggang tahap stabil; bacaan creatinine darah 150 umol/L sudah beberapa tahun.
Akan tetapi, pada temujanji Pakar baru-baru ini bacaan naik ke 350 umol/L (normal bawah 100 umol/L).
Kelam kelibut lah Doktor buat biopsi buah pinggang. Ianya adalah prosedur mengambil tisu untuk mengetahui sama ada masalah keradangan yang menjadi penyebab rosak buah pinggang teruk sekali.
interstitial nephritis
Bila tanya ada ambil apa-apa suplemen, katanya tak ada. Tapi bila keputusan biopsi balik: ada “interstitial nephritis”. Waduh, Ini adalah sejenis “alahan” kepada sesuatu. Lepas dapat bukti, baru lah Pakcik mengaku ada ambil campuran “daun ketum”.
Katanya ada Ustaz jual. Yang ini belum pernah saya dengar; ada pulak benda macam ini?
Ya Allah. Biar betul!
Daun ketum BUKAN rawatan penyakit buah pinggang. Campuran entah apa benda lagi dalam pil itu boleh memudaratkan.
Saya mohon sekali lagi :
1. Yang ada penyakit kronik mohon BINCANG dengan Doktor yang merawat anda. Jangan suka-suka ambil apa-apa, tak kira lah Ustaz yang jual ke atau tidak.
2. Mohon terus teranglah dengan Doktor; beritahu apa suplemen, atau rawatan tambahan yang anda ambil. Ia mungkin memudharatkan kalau campur semua bagai. Ini bukan BUFET makanan yang kita boleh campur-campur jadi sedap!
Tak pasal-pasal dah perlu rawatan Dialisis seumur hidup tak lama lagi.
Kami tidak guna ketum dalam rawatan untuk penyakit kronik di Hospital ya!
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y5bsRs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment