Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Kesian, Benda Tu Pun Nak Dicurinya…” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Kesian, Benda Tu Pun Nak Dicurinya…”

PETALING JAYA – Perbuatan seorang gadis mencuri alas kaki di sebuah kedai dobi 24 jam di Subang 1 ‘kantoi’ apabila aksinya itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku berhampiran flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini, wanita terbabit bersama dua rakan lelakinya bersekongkol melakukan kegiatan terbabit kira-kira jam 11.38 malam.

Dalam video berdurasi dua minit 34 saat itu, kelihatan tiga remaja memberhentikan motosikal mereka di hadapan kedai dobi berkenaan.

Pada awalnya, seorang remaja lelaki berpura-pura masuk ke dalam premis tersebut dan mengesat kakinya pada alas kaki yang diletakkan di hadapan premis berkenaan.

Namun, remaja terbabit keluar semula dari kedai dobi tersebut sebelum seorang gadis yang dipercayai rakan suspek memainkan peranannya.

Gadis berpakaian kemeja-T putih dilihat duduk di hadapan premis tersebut sambil menarik alas kaki itu sedikit demi sedikit.

Bagaimanapun, dia keluar semula dari premis itu berkemungkinan takut perbuatannya disedari pelanggan dobi berkenaan.

Sambil memerhatikan keadaan sekeliling, gadis tersebut tanpa rasa bersalah terus menarik dan melarikan alas kaki tersebut.

Di penghujung rakaman, ketiga-tiga remaja terbabit beredar dari kawasan kejadian bersama-sama dengan alas kaki tersebut dengan menaiki dua motosikal.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan tidak menjangka barang yang dicuri gadis tersebut hanya pengalas kaki.

Tidak kurang juga menyifatkan perbuatan gadis ‘rempit’ itu sebagai terdesak dan amat memalukan.

“Kasihan betul budak-budak tu, benda tu pun nak dicurinya, miskin sangat ke?” tulis Amin Mokazar.

“Dia mencari tempat alas badan..maklumlah malam nanti nak kena ‘berjemaah’..hahaha,” kata Muhd Azman.

Rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook Mynewshub itu sehingga kini ditonton sebanyak 175,000 dan dikongsi 259 kali di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kxyHRn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.