KOTA BHARU, KELANTAN - Bagi meneruskan kehidupan keluarganya, seorang ibu tunggal sanggup menebalkan muka dengan menawarkan perkhidmatan membersih rumah di daerah ini sejak dua bulan lalu, lapor Harian Metro.
Siti Norizan Husin, 36, dia membuat perkhidmatan mencuci rumah itu bagi menyara tiga anaknya iaitu Wan Batrisya Najwa Wan Razali, 10, Wan Ayuni Sabrina, 9, dan Wan Muhammad Adam Darwish, 5.
Menurutnya, selepas berpisah dengan bekas suami setahun yang lalu, dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hospital Perempuan Zainab II (HRPZ II) sebelum mengambil keputusan berhenti pada April lalu kerana keperluan anaknya terabai disebabkan waktu bekerja yang panjang.
Difahamkan, Siti diperkenalkan oleh rakannya kepada ejen perkhidmatan mengemas rumah dan dia mula bergerak sendiri dengan modal permulaan RM300 diberikan individu yang bermurah hati sebulan kemudian.
"Perkhidmatan mencuci rumah itu kemudian viral di laman Facebook selepas dimuat naik oleh seorang pelanggan, dua bulan lalu sehingga saya tidak menang tangan menerima semua tawaran. Pendapatan mingguan pernah mencecah RM350.
"Namun sejak akhir-akhir ini, perkhidmatan disediakan tidak lagi serancak seperti sebelum ini. Tetapi saya menganggap itu semua rezeki dari Ilahi," katanya.
Bagi setiap rumah yang dibersihkan, Siti mengenakan bayaran sebanyak RM70 dan dia hanya mampu membersihkan sebuah rumah sehari serta bergantung kepada permintaan pelanggan.
Siti yang menaiki kereta Perodua Kenari untuk bekerja bagaimanapun menghadapi sedikit masalah apabila kenderaannya itu selalu rosak sehingga menyebabkan perbelanjaan bulanannya meningkat.
"Untuk membaikinya saya tidak mampu. Namun hanya kereta itu saja yang ada untuk keluar mencari rezeki. Selalunya pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan mencuci rumah di sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas," katanya.
Dua anaknya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Demit 1, Kubang Kerian, juga menerima bantuan persekolahan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM100 seorang, sedikit sebanyak meringankan sedikit bebannya.
Sementara itu di media sosial, ramai netizen yang memuji semangat Siti untuk bangkit dari terus mengharapkan belas ihsan orang ramai. Malah menyarankan mana-mana ibu tunggal yang lain juga mencontohi wanita berkenaan.
"Tak ada apa yang hendak dimalukan dik. Cari rezeki halal beribu-ribu kali mulia dari merompak duit orang," kata Norfadzilah Ramly.
"Bagus tu akak. Hidup ini jangan asyik mengharapkan bantuan dan belas kasihan dari orang. Kita perlu berusaha sendiri. Bagus akak tak menyusahkan orang. Rezeki ada di mana-mana. Semoga akak kaya dengan rezeki yang halal," kata Shabri Ahmad.
"Ibu contoh. Di Malaysia semua boleh. Kenapa orang-orang asing boleh senang di Malaysia? Sebab mereka rajin bekerja. Asalkan tidak memilih kerja. Balik kampung, mereka mampu membina rumah," kata Rozi Hanafiah.
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yQlchG
Post a Comment