Hi! Welcome Back and Stay Tune! Elly Mazlein Pertahan Tuntut Nafkah Anak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Elly Mazlein Pertahan Tuntut Nafkah Anak

PENYANYI Elly Mazlein tetap dengan pendiriannya mempertahankan tuntutan nafkah terhadap anaknya Putri Sara Sefhia yang berusia setahun.

Sebagai ibu, Elly berkata, dia bersikap ‘keras hati’ dalam isu tersebut dan mahu hak anaknya itu terpelihara.

“Saya keraskan hati tentang isu berkaitan tuntutan nafkah anak dan ini semua adalah hak anak saya.

“Jadi, kita ikut sahaja apa kata mahkamah dan saya tak mahu mengulas lebih-lebih tentang hal ini,” katanya.

Elly ditemui di majlis pelancaran dan pelantikannya selaku duta produk Lentik Dara di Kuala Lumpur pada Selasa.

Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengeluarkan perintah agar Azmi membayar nafkah bulanan kepada anaknya sebanyak RM1,500 pada 12 Oktober tahun lalu.

Sementara itu, sering diajukan soalan mengenai jodoh, penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini tidak ambil pusing dengan soalan tersebut.

Sebaliknya, Elly menganggap peminat dan rakan media mengambil berat tentang dirinya kerana mahu melihat dia bahagia dengan lelaki idaman.

“Saya tak kisah dengan soalan tentang jodoh dan memahami niat peminat yang mahu melihat saya menemui cinta baru.

“Yang penting kita sendirilah yang kena pandai memberi jawapan agar tidak melukakan mana-mana pihak dan mungkin itu juga doa mereka untuk saya,” katanya.

Bercakap mengenai produk Lentik Dara, Elly memberitahu berat badannya berkurang sebanyak lima kilogram dalam masa sebulan sejak mengamalkannya.

Mengakui teruja dengan perubahan berat badan, Elly bersetuju menerima tawaran menjadi duta produk kerana keberkesanannya.

“Alhamdulillah tak sangka berat saya turun hampir lima kilogram sejak menggunakan produk ini dan sangat mudah diamalkan. Tak perlu nak berpantang,” katanya.

The post Elly Mazlein Pertahan Tuntut Nafkah Anak appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wN6NSN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.