Google Menguasakan Kesemua Pejabat Dan Pusat Data Mereka Dengan Sumber Tenaga Lestari Sepanjang 2017
Google senantiasa berada di barisan hadapan apabila topik-topik berkaitan dengan teknologi sering disebut. Sayangnya, apabila teknologi semakin maju, penggunaan tenaga juga sering melonjak secara mendadak.
Syarikat gergasi teknologi tersebut baru sahaja mengeluarkan laporan Environmental Report 2017 mereka yang menyebut tentang usaha mereka untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan juga tapak karbon mereka untuk menyelamatkan alam sekitar.
Selain daripada meraikan tahun ke-10 dalam menjadikan syarikat tersebut carbon neutral, dimana penghasilan karbon Google kurang daripada perkembangan syarikat, laporan tersebut juga menyatakan bahawa mereka kini disahkan menggunakan 100 peratus sumber tenaga lestari untuk kesemua pejabat-pejabat mereka di seluruh dunia, dan juga untuk pusat-pusat data mereka.
Menurut laporan tersebut, ini tidak bermakna kesemua pejabat-pejabat Google menggunakan sumber tenaga lestari, tetapi untuk setiap unit elektrik yang digunakan oleh pejabat-pejabat tanpa sumber tenaga tersebut, mereka membeli jumlah sumber tenaga lestari yang sama digunakan.
Ini bukan sahaja membantu Google mencapai sasaran penggunaan sumber tenaga lestari 100 peratus tersebut, tetapi membantu syarikat-syarikat pembekal tenaga solar, angin, air dan sebagainya dan mempercepatkan lagi kemajuan teknologi sumber tenaga lestari ini supaya ia dapat digunakan di lebih banyak kawasan di serata dunia.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yFgqri
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment